Selain Sang Badak, jejaka import Korea Selatan boleh jadi sasaran 2 lagi pasukan gergasi Liga Super – Sukan


BINTANG naturalisasi Korea Selatan-Singapura, Song Ui-yong sekali lagi menjadi bualan penyokong bola sepak negara apabila namanya dipetik akan bermain di Liga Malaysia setelah kontrak bersama kelab Thailand, Nongbua Pitchaya FC bakal tamat pada hujung Mei ini.

Bermain di posisi tengah menyerang (attacking-midfielder), pemain berusia 29 tahun itu boleh mengisi kekosongan di bahagian penting yang memerlukan seorang individu yang kreatif dan berpengalaman untuk menggerakkan bola ke bahagian serangan.

Pemain kelahiran Korea Selatan itu tidak memiliki masalah untuk berkelana ke Malaysia memandangkan dia mempunyai kerakyatan Singapura selepas berkelana di negara tersebut selama lebih daripada 10 tahun, jadi isu logistik bukan masalah besar buatnya.

Ui-yong berpengalaman bermain di kejohanan Piala AFC ketika mewakili Lion City Sailors pada musim lalu. — Agensi

Pemain berusia 29 tahun itu boleh dikatakan salah seorang arkitek tengah yang paling berjaya dalam Liga Perdana Singapura (SPL) dan terkenal dengan work rate tinggi serta mempunyai kemahiran teknikal hebat.

Dia memiliki rekod cemerlang bersama kelab terdahulu, Lion City Sailors dengan rekod jaringan 16 gol dan lima bantuan gol menerusi 31 penampilan di kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), SPL dan kejohanan Singapore Community Shield.

Berikut tiga kelab tempatan yang boleh mendapatkan khidmat Ui-yong bagi mengharungi baki saingan Liga Super 2023:

Ivan masih tumpul di bahagian serangan TFC. — Facebook/ TFC

1. Terengganu FC

Walaupun menjadi naib johan Liga Super musim lalu,namun Terengganu FC (TFC) tahun ini tidak berada di tahap prestasi yang memuaskan susulan hanya mampu memenangi empat kemenangan selepas 10 perlawanan.

Penyokong rata-ratanya berpendapat bahawa salah satu kelemahan yang mengganggu daripada skuad Penyu terus memberikan saingan adalah disebabkan ketumpulan pemain di jentera serangan seperti pemain import Croatia, Ivan Mamut walaupun dia sudahpun menjaringkan empat gol ketika ini.

Pada masa sama, dengan prestasi Ui-yong yang mantap, dia juga boleh dikatakan pemain paling dekat dengan ciri-ciri pemain pilihan Terengganu yang boleh mengisi kekosongan Lee Tuck yang berpindah ke Kedah Darul Aman FC (KDAFC) sebelum ini.

Justeru, sebagai persediaan mencari pengganti Ivan, dengan pengalaman Ui-yong menjadi titik tolak dia disebut sebagai pengganti sesuai untuk menggantikan penyerang tinggi lampai itu.

Ui-yong dirasakan serasi bergandingan dengan Tae-su (kiri) dan Kwang-min (tengah) di Sabah FC. — Facebook/ Sabah FC

2. Sabah FC

Sekiranya pemain berketinggian 1.71 meter ini memilih Sabah sebagai destinasi baharu, ia pastinya akan memberi kelebihan pada skuad Sang Badak.

Manakan tidak, pemain berasal dari Incheon, Korea Selatan ini mempunyai pengalaman bemain di kejohanan Piala AFC ketika mewakili Lion City Sailors pada musim lalu.

Ketika itu, Ui-yong beraksi cemerlang dengan mencetak tiga gol dan satu bantuan gol menerusi enam penampilan, namun gagal membantu pasukan untuk mara ke saingan seterusnya apabila terkandas di peringkat kumpulan F.

Selain daripada itu, skuad Sang Badak pastinya boleh menerima kehadiran Ui-yong sebagai tambahan kepada dua pemain Korea Selatan sedia ada iaitu Park Tae-su dan Ko Kwang-min.

Kehadiran Ui-yong ini boleh dirasakan calon yang sesuai untuk bergandingan dengan penyerang import Perak, Seo Seo-nung. — Facebook/ Perak FC

3. Perak FC

Skuad Sang Seladang memerlukan nafas baharu khususnya di bahagian serangan bagi memastikan pasukan tersebut mampu terus bersaing dalam kancah liga untuk musim ini.

Ini kerana, dibarisi pemain muda mungkin merupakan satu kelemahan yang perlu diperbaiki skuad The Bos Gaurus (TBG) dan disebabkan itu ramai pihak mencadangkan agar pengendali Perak, Datuk Lim Teong Kim memasukkan khidmat pemain berpengalaman.

Walaupun pasukan tersebut mementingkan pendedahan kepada para pemain mudanya, tetapi ia sudah pasti memerlukan masa untuk mencapai tahap permainan pasukan yang sebenar.

Sehubungan itu, penyelesaian jangka masa pendek adalah dengan penukaran pemain import ataupun membeli pemain import yang baru untuk menguatkan lagi pasukan yang sedia ada.

Tambahan pula, kehadiran Ui-yong ini boleh dirasakan calon yang sesuai untuk menguatkan lagi pasukan tersebut.

Pada masa sama, dia juga dikenali sebagai seorang yang lincah ketika berada di atas padang sekali gus mampu mengucar-ngacirkan permainan pihak lawan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dianggap ‘Harry Maguire’ ketika jumpa kelab Dion Cools, import sasaran mungkin jadi ‘duri dalam daging’ Sang Kenari – Sukan

Next Post

Nostalgia bersama Selangor bakar semangat Teong Kim hadapi Gergasi Merah – Sukan

Related Posts