Selain Richard Chin, 3 lagi pemain warisan wajar dipanggil Kim Pan-gon hadapi Piala Asia 2023 – Sukan


PEMAIN kacukan England-Malaysia, Richard Chin kini menjadi bualan penyokong Harimau Malaya apabila pemain berusia 20 tahun itu dikhabarkan bakal menyertai skuad kebangsaan.

Richard yang beraksi di posisi tengah bertahan juga boleh bermain sebagai pertahanan kiri dan kanan sekali gus menambah kekuatan buat pasukan kendalian Kim Pan-gon.

Selain Richard beberapa pemain kacukan seperti Nooa Laine turut mendapat perhatian penyokong bola sepak yang mana dia sudah pun menyarung jersi Harimau Malaya pada dua perlawanan persahabatan menentang Hong Kong dan Turkmenistan.

Richard bergambar bersama barisan kejurulatihan Harimau Malaya. — Twitter

Stuart Wilkin dan Nathaniel Shio Hong Wan yang mana sebelum ini beraksi di luar negara juga sudah mula menabur bakti di dalam Liga Malaysia serta skuad kebangsaan.

Namun selain Richard dan Nooa, beberapa pemain yang bermain di luar negara turut boleh menjadi perhatian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Majoriti senaraikan tiga pemain yang boleh dipanggil untuk menyarung jersi skuad kebangsaan bagi menghadapi Piala Asia 2023:

Edge merupakan antara kelibat penting buat kelabnya, IK Torsland.

1. Harry Edge (New Zealand-Malaysia)

Kemampuan pemain berdarah kacukan New Zealand-Malaysia, Harry Edge untuk beraksi sebagai pertahanan serta pemain tengah merupakan satu kelebihan yang perlu diberi perhatian.

Selain itu, ciri-ciri fizikalnya yang tegap juga menjadi satu perbezaan dengan ketinggiannya mencecah 1.91 meter (m), sekali gus memudahkan usahanya menyekat serangan lawan.

Dari aspek kehadiran di peringkat kelab, Edge merupakan antara kelibat penting buat kelabnya, IK Torslanda yang mana merupakan pasukan kerdil di Sweden.

Tetapi, meskipun dia berjaya menempa nama di Eropah dan New Zealand, reputasinya dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan tidaklah begitu megah dengan kesukaran untuk menyaksikan aksinya secara langsung.

Selain itu, struktur kecil pasukan tersebut sekali gus menyekat peluangnya untuk meraih sebarang penampilan di peringkat antarabangsa walaupun layak untuk mewakili dua negara.

Di samping memegang status sebagai warganegara New Zealand, Edge juga boleh mewakili skuad Harimau Malaya apabila bapanya merupakan seorang rakyat Malaysia.

Bone diturunkan dalam aksi liga sepanjang musim.

2. Samuel Bone (England-Malaysia)

Pertahanan tengah kelahiran Kuching, Sarawak, Samuel Bone adalah salah satu bakat terbaik untuk dibawa masuk ke dalam skuad kebangsaan berdasarkan struktur fizikalnya.

Ketika ini, pertahanan tengah itu sedang terikat dengan kelab England, Maidstone FC yang beraksi dalam divisyen kelima Liga England.

Meskipun usianya baru sahaja mencecah 25 tahun, Bone mula meraih kepercayaan daripada barisan kejurulatihan untuk diturunkan dalam majoriti aksi liga sepanjang musim.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan, pemain itu hanya tidak diturunkan dalam 18 perlawanan, yang mana membuktikan kepentingannya kepada kelab itu.

Jadi, tidak hairanlah apabila dia merupakan antara calon terbaik untuk diperkenalkan ke dalam skuad Harimau Malaya yang semestinya berharap tembok pertahanan mereka lebih kukuh.

Dylan menjadi aset yang besar kepada skuad kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan-gon.

3. Dylan Van Wageningen (Belanda-Malaysia)

Dylan Van Wageningen yang berasal dari Belanda dikatakan layak mewakili negara berdasarkan pertalian daripada sebelah datuknya.

Dia yang kini berusia 20 tahun mampu menjadi aset yang besar kepada skuad kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan-gon pada ketika ini.

Pemain yang gemar beraksi di posisi pertahanan kanan ini mampu membantu pasukan kebangsaan ini untuk menghadapi pelbagai kejuaraan termasuk Piala Asia 2023.

Dylan yang kini beraksi di Jack’s League diturunkan sebanyak 27 kali dan berjaya meletakkan pasukannya untuk berada di tangga ke-11 selepas 32 perlawanan.

Pemain tersebut beraksi cemerlang sewaktu membantu kelabnya daripada dibolosi dalam beberapa perlawanan termasuk ketika mencatatkan kemenangan besar 6-0 ke atas pasukan OFC Oostzaan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terutama sekali Pan-gon mungkin boleh mempertimbangkan untuk memujuk pemain ini serta menyelesaikan urusan dokumentasi dia dengan segera bagi membolehkannya beraksi dalam masa terdekat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sekian lama dikecam, Sony Norde jadi hero di Likas ikat Sang Badak – Sukan

Next Post

‘Kome jangan lupa ke stadium’, tonggak Perak sedia terima kunjungan Gergasi Merah  – Sukan

Related Posts