Selain ‘Perfect 10’ JDT, ketahui rekod kemenangan besar saingan Piala Malaysia – Sukan


SEPERTI yang sudah dijangka, pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) melangkah ke pusingan suku akhir selepas kenduri gol 10-0 ke atas Kelantan FC pada aksi pusingan kedua Piala Malaysia.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada Sabtu itu, skuad Harimau Selatan menepati ramalan penyokong bola sepak tanah air memperoleh ‘Perfect 10’ dengan membelasah skuad The Red Warriors (TRW).

Namun, jaringan 10 gol yang dicipta anak-anak buah Estaban Solari bukanlah yang terbanyak dalam rekod kejohanan Piala Malaysia setakat ini memandangkan rekod tersebut sebenarnya dipegang oleh Kelantan.

Tahukah anda, ketika Piala Malaysia masih dikenali sebagai Piala HMS Malaya, Kelantan berjaya mencatatkan sejarah selepas menumpaskan Pahang 16-1 dalam pusingan awal saingan Piala HMS Malaya 1962.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, pemain Kelantan, Mohammad Che Su menyumbang lapan gol untuk memastikan skuad itu menang dengan jaringan besar.

Mohamad Che Su atau lebih dikenali sebagai Mat Che Su mencatat nama sebagai penjaring terbanyak dalam satu perlawanan peringkat kumpulan dan belum pernah disaingi oleh mana-mana pemain sehingga hari ini.

Anak jati kelahiran Jalan Gajah Mati, Kota Bharu itu juga antara pemain Kelantan yang berjaya membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaya 1955 sebelum ia dikenali sebagai Piala Malaysia.

Mat Che Su mencatat nama sebagai penjaring terbanyak dalam satu perlawanan peringkat kumpulan dan belum pernah disaingi oleh mana-mana pemain sehingga hari ini. — Facebook

Sementara itu, pada Piala HMS Malaya 1963, Selangor menewaskan Terengganu dengan keputusan 18-0 yang menyaksikan skuad Selangor mencatat rekod jaringan perlawanan terbesar dalam peringkat kumpulan.

Selangor meneruskan kecemerlangan apabila menjuarai Piala Malaysia 1968 selepas menang 8-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Keputusan itu menyaksikan Selangor melakar sejarah apabila muncul menjadi pasukan dengan rekod jaringan terbanyak dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.

Ia bukan kali pertama buat Selangor apabila pasukan itu pernah melakar sejarah sama apabila menang 8-1 ke atas Singapura dalam perlawanan di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur sekali gus muncul juara Piala Malaya 1927.

Selangor pernah mencipta sejarah dengan menjadi juara terbanyak Piala Malaysia iaitu sebanyak 33 kali. — Agensi

Rekod itu kemudian dipadam apabila ia menjadi milik Singapura pada 1933 apabila pasukan tersebut muncul sebagai pasukan dengan jaringan terbanyak dalam perlawanan akhir, menewaskan Selangor dengan 8-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Jalan Rifle Range, Singapura.

Selain itu, dalam kejohanan Piala Malaysia 1986, Selangor menjuarai Piala Malaysia selepas menang 6-1 ke atas Johor di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal 1920-an. Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil sempena nama kapal perang HMS Malaya.

Pada tahun 1967, piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia yang pada masa sama menyaksikan pasukan dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai Piala Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Pantas tenangkan Kalamullah bukti peranan Ifwat penting buat skuad Sang Kenari – Sukan

Next Post

Baru tonton satu perlawanan, tapi Merzagua sudah tahu kekurangan Penang FC – Sukan

Related Posts