Selain ML ini 3 game yang anda boleh cuba semasa cuti sekolah – Sukan


MOBILE Legend (ML) tidak boleh disangkal lagi adalah sebuah permainan yang disukai orang ramai daripada golongan kanak-kanak hinggalah dewasa.

Tetapi tahukah anda selain daripada Mobile Legend, ada juga permainan yang sama seperti menggunakan konsep ML yang anda mesti cuba.

Di sini Majoriti senaraikan tiga permainan yang sama dengan Mobile Legend untuk anda cuba semasa cuti sekolah ini:

Legendary Heroes. — Agensi

1. Legendary Heroes

Legendary Heroes ialah sebuah permainan yang mirip sama seperti ML.

Setiap Hero mempunyai empat kemahiran utama yang boleh digunakan untuk mengalahkan musuh dan elemen dalam permainan ML juga wujud dalam Legendary Heroes.

Salah satu kelebihan permainan ini ialah anda boleh memainkannya tanpa internet.

Walaupun terdapat hanya 3 wira berbeza yang tersedia, terdapat lebih daripada 40 peta yang boleh anda mainkan.

Selain itu, permainan Legendary Heroes ini mempunyai kualiti grafik yang cukup baik yang memerlukan anda hanya 50 MB memuat turunnya secara percuma di Google Playstore ataupun Apple Store.

Heroes of Destiny. — Agensi

2. Heroes of Destiny

Permainan yang sama dengan ML dan menarik untuk dimainkan ialah Heroes of Destiny.

Permainan ini mempunyai grafik yang bagus dan permainan yang menarik dengan mempersembahkan pelbagai senjata di dalamnya.

Bukan itu sahaja, permainan yang dimuat turun lebih sejuta pemain ini juga bersaiz kecil, bukan sahaja bertarung 5 lawan 5, anda juga mempunyai banyak misi untuk diselesaikan supaya tidak bosan memainkannya.

League of Legends. — Agensi

3. League of Legends

League of Legends (LOL) ialah permainan legenda seperti DOTA.

Malah bilangan pemainnya adalah jauh lebih banyak daripada DOTA.

Riot Games selaku pembangun permainan ini berkata, mereka akan mengeluarkan League of Legends di Android tidak lama lagi.

Permainannya tidak jauh berbeza dengan versi PC dan ada kemungkinan untuk mengugat ML sebagai permainan mobile nombor 1 terbaik di dunia.

Semoga artikel ini dapat memberikan cadangan permainan yang menarik sebagai alternatif kepada permainan Mobile Legend.

Sudah tentu, anda boleh mengasah kemahiran anda di sini atau membuktikan bahawa anda bukan sahaja mahir dalam ML. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tonggak HM puas raih gol sulung aksi musim 2023 bersama Sri Pahang – Sukan

Next Post

Saya ada 5 juta sebab mampu kalahkan Manchester United — Klopp – Sukan

Related Posts