Selain kelab London, stadium negara jiran jadi rujukan Sang Badak miliki ‘homeground’ baharu – Sukan


BERITA mengenai Sabah bakal memiliki stadium sendiri menjadi bualan hangat di media sosial menarik perhatian warga maya terutamanya penyokong pasukan itu.

Perkara itu diutarakan oleh ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir apabila mengatakan keperluan untuk Sabah mempunyai stadium sendiri.

Marzuki juga mahu membantu lebih ramai penyokong tempatan hadir menyokong skuad Sang Badak. — Facebook/ Ahmad Marzuki Nasir

Marzuki yang juga merupakan bekas pengurus Sabah FC, menegaskan, perkara tersebut masih berada dalam rancangan kerana sudah pasti semua pasukan bola sepak mempunyai perancangan untuk kelab masing-masing.

“Memang ada perancangan Sabah untuk membina stadium masa depan, semua team bola ada perancangan mahu buat stadium tapi itu hanyalah perancangan sahaja.

“Kalau anggaran stadium sudah pasti kita tidak mampu buat stadium besar. Kalau boleh bergantung kepada sumber kewangan iaitu di bawah RM50 juta,” katanya kepada Majoriti.

Marzuki juga berkongsi mengenai stadium yang bakal menjadi rujukan sesuai untuk diikuti.

“Saya pernah jelaskan bahawa terdapat dua stadium yang sesuai dijadikan sebagai rujukan iaitu Stadium Fulham (Craven Cottage) dan Stadium Mongthong, Thailand.

“Seperti yang kita tahu, stadium sebenar tidak memerlukan track dan dan biarlah ia sebagai stadium bola sepak sahaja.

“Kalau kita ada kelebihan, dua stadium itulah yang menjadi salah satu rujukan,” kongsinya.

CEO Sabah FC juga mengatakan bahawa ingin membantu lebih ramai penyokong tempatan untuk hadir menyokong skuad Sang Badak itu dan sudah pasti ramai peminat teruja dengan berita itu.

Namun begitu, untuk tarikh perancangan pembinaan stadium tersebut bergantung kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang akan datang.

Tentunya Sang Badak memerlukan kemudahan fasiliti yang baik untuk menghadapi kejohanan bola sepak berprestij di Asia iaitu saingan Piala AFC.

Kini, prestasi pasukan Sang Badak semakin menampakkan taring apabila berjaya menundukkan pencabar utama dalam saingan Liga Super, Selangor FC dengan gol kemenangan 2-1 di Stadium Likas, Sabah pada 27 April lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Makin gasak terajui bola sepak tanah air, JDT ajak akademi lain sertai kejohanan remaja antarabangsa – Sukan

Next Post

Liga M bakal guna pengadil import, tapi bukan bermakna pengadil tempatan tak bagus — FAM – Sukan

Related Posts