Selain JDT, 3 kelab tenang berbelanja ‘transfer window’ kedua Liga Super – Sukan


PEMBUKAAN jendela perpindahan pemain pada musim ini melihatkan setiap pasukan tidak lekang daripada membawa muka baharu bagi mempersiapkan barisan terkuat untuk merebut kejuaraan di saingan Liga Malaysia (Liga M).

Tidak cukup dengan itu, jendela kedua yang dibuka pada Julai lalu turut menyaksikan penghijrahan beberapa pemain ke kelab berbeza dengan harapan mahu memperbaiki kegagalan pada saingan pertama musim ini.

Pendahulu liga, Johor Darul Takzim (JDT) juga tidak terlepas daripada senarai pasukan yang melakukan perubahan dalam skuadnya apabila membawa masuk Heberty Fernandes pada Julai lalu.

Kemasukan pemain itu dilihat bukan sahaja mampu memperkukuh cengkaman Harimau Selatan di puncak liga, malah ia juga sebagai persiapan untuk menghadapi kempen Kejohanan Juara Asia (ACL) pada tahun depan.

Tidak membuat pembelian secara besar-besaran, JDT mengambil langkah yang lebih bijak dan tenang dalam membuat keputusan di samping perancangan yang teliti untuk masa dewan kelabnya.

Selain JDT, tiga lagi kelab turut tersenarai dalam pasukan yang dilabel ‘tenang’ pada perpindahan kedua musim ini.

1. Selangor FC

Skuad Selangor yang kini berada pada kedudukan kedua di bawah JDT, merupakan antara pasukan yang berpotensi dan berdaya saing dalan aksi musim ini.

Membawa masuk Safuwan Baharudin dan penyerang import Richmond Boakye-Yiadom pada jendela perpindahan kedua baru-baru ini, kelibat kedua-duanya di atas padang mula menampilkan kesan positif dengan Gergasi Merah semakin konsisten dalam mempamerkan corak permainan menarik.

Richmond Boakye yang beraksi di posisi penyerang hadapan, telah berjaya menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan ditempuhi setakat ini.

Posisinya yang sebelum ini kerap diisi seorang lagi penyerang import kelahiran Colombia, Ayron del Valle, telah memberikan pilihan berbeza buat jurulatihnya, Tan Cheng Hoe dalam merancang taktikal terbaik untuk merobek jaring pasukan lawan.

2. Negeri Sembilan FC

Dalam pada kehangatan proses perpindahan tersebut, lain pula kisahnya di Negeri Sembilan apabila pasukan itu tidak membuat sebarang pertukaran pemain.

Langkah tersebut dibuat bukan sahaja untuk mengambil kira kekangan kewangan yang membelenggu pasukan. Malah, pengurusan Hoben Jang Hoben mahu memberi peluang kepada pemain-pemain bawah 23 tahun skuadnya untuk beraksi di skuad utama.

Namun, terbaharu, pemain sayap kebangsaan Myanmar, Hein Htet Aung mengesahkan bahawa dia akan menyertai skuad Jang.

Setelah dikaitkan dengan perpindahan meninggalkan Selangor, pemain itu disahkan sebagai pemain sayap baharu Negeri Sembilan menerusi perkongsian di laman Facebook.

Htet Aung sah menjadi milik skuad Jang untuk baki musim 2023. — Facebook/Negeri Sembilan FC

Kemasukannya dijangka memberi sentuhan berbeza buat jentera serangan pasukan berkenaan dengan pemain terbabit mempunyai pengalaman luas Liga Super.

Selain itu, statistiknya musim ini juga tidak mengecewakan apabila dia mencatatkan lima jaringan serta tujuh bantuan gol dalam 15 penampilan.

3. KL City FC

Di samping mengejar kejuaraan liga, skuad Warga Kota juga turut mengutamakan kebajikan serta bajet pengurusan pasukan untuk jangka masa panjang di saingan utama Liga M.

Tidak menambah bilangan pemainnya paea jendela perpindahan kedua, KL City mengambil pendekatan lebih untuk meminjamkan pemainnya ke kelab lain yang berminat.

Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard berkata, dia percaya pemain yang dimiliki pasukan ketika ini sudah cukup kuat bagi menghadapi baki saingan musim ini.

Bagaimanapun, katanya, KL City tetap akan melakukan bisnes pada jendela perpindahan kedua ini apabila meminjamkan beberapa pemain mudanya kepada pasukan yang berminat.

Dalam pada itu, The City Boys turut berdepan isu hangat apabila melepaskan penyerang importnya, Herlison Caion selepas pemain itu gagal menambat hati pengendali pasukan, Bojan Hodak apabila sering berada di bangku simpanan.

Untuk rekod, Caion tetap memperoleh 624 minit sepanjang 14 perlawanan Liga Super namun hanya mampu menghasilkan satu gol bersama KL City.

Mempunyai perancangan serta tujuan yang berbeza, tiga kelab di atas tampil dengan langkah berbeza dengan pasukan-pasukan lain pada perpindahan kedua kali ini.

Dengan langkah berani yang diambil, ia melihatkan pasukan Selangor, Negeri Sembilan dan KL City masih mampu berdaya saing dan kekal konsisten pada aksi kedua musim ini biarpun tidak membelanjakan kos yang tinggi bagi penghijrahan pemain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penolong jurulatih kena ‘bedal’, ramai petik nama Ramon Marcote – Sukan

Next Post

‘Deal off’, Andik Vermansyah ikut jejak Jordan Mintah tolak sertai Kelantan FC – Sukan

Related Posts