Selain Izham Aiman, kenali 3 ‘wonderkid’ Malaysia di pentas antarabangsa – Sukan

NAMA pemain B-14 Akademi Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) , Muhammad Izham Aiman menjadi tumpuan penyokong arena bola sepak tanah air terutama dalam kalangan penyokong Harimau Selatan kerana kejayaan yang dicapainya pada kejohanan Laliga Youth Tournament.

Dalam pertandingan, Izham Aiman dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.

Susulan pencapaiannya itu memberikan peluang kepadanya untuk terbang ke Madrid, Sepanyol bagi menjalani latihan bersama beberapa jurulatih terbaik dunia di sana.

Sepanjang menjalani latihan, Izham juga dikatakan akan dipantau 42 kelab profesional di Sepanyol.

Jika berpeluang menyertai kelab di luar negara, Izham bakal mengikut jejak langkah beberapa pemain muda Malaysia yang kini beraksi di Eropah.

Ini tiga pemain muda berbakat yang berkelana di benua berkenaan bagi mengutip pengalaman bermain di pentas antarabangsa.

1. Luqman Hakim ( KV Kortrijk)

Luqman berjaya menjadi anak Malaysia pertama bermain di liga divisyen satu di Eropah — Bernama

Luqman Hakim Shamsudin sememangnya satu nama yang tidak asing lagi dikalangan peminat bola sepak tempatan.

Walaupun baru menjangkau usia 20 tahun, anak kelahiran Kelantan ini sudah mencipta nama di persada dunia.

Luqman berjaya menjadi anak Malaysia pertama bermain di liga divisyen satu di Eropah dan mewakili antara kelab utama di Belgium iaitu KV Kortrijk.

Walaupun tidak banyak beraksi dalam liga utama bersama KV Kortrijk, Luqman makin mendapat tempat di hati peminat bola sepak kelab Belgium itu ekoran aksi cemerlang ditampilkan dalam beberapa perlawanan persahabatan.

Ia terbukti apabila Luqman menjaringkan satu gol ketika Kortrijk turun menentang Mandel United dalam satu aksi persahabatan.

Bakat Luqman digilap Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan pernah tersenarai dalam 60 pemain muda paling berbakat di dunia yang dikeluarkan The Guardian.

Luqman merupakan antara empat pemain Asia yang tersenarai dalam kesemua 60 pemain yang disenaraikan.

Pemain yang diberi jolokan nama Luqie di Belgium itu juga merupakan penerima kasut emas Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 16 Tahun pada 2018.

Sebelum ini Luqman pernah bermain dengan pasukan Selangor FC dan juga pernah dipanggil beraksi bersama skuad B-20 dan B-23 negara.

2. Omar Raiyan (Red Star Belgrade)

Omar (kiri) gemar beroperasi sebagai pemain tengah. — Agensi

Mengikuti jejak Luqman, Omar Raiyan berjaya menandatangani kontrak bersama bekas pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Red Star Belgrade pada Jun 2020.

Ubi muda ini juga pernah menyertai akademi Manchester City di Abu Dhabi pada usianya sembilan tahun.

Dia juga pernah diiktiraf antara 25 pemain remaja terbaik di UAE.

Selain itu, Omar juga pernah memenangi Piala Iber pada 2019 lalu, kejohanan sama yang pernah dimenangi oleh skuad NFDP pada 2015.

3. Ashman Rizal (Esbjerg fB)

Ashman (kanan) sedang beraksi bersama pasukan belia Esbjerg fB di Denmark — Agensi

Bintang muda, Ashman Rizal merupakan antara pemain terbaru dari Malaysia yang sedang berkelana di luar negara.

Anak kelahiran Bumi Kenyalang ini sedang beraksi bersama pasukan belia Esbjerg fB di Denmark.

Memegang posisi pertahanan, anak muda ini beraksi dalam liga bawah 15 tahun dalam pasukan Esbjerg fB yang merupakan antara kelab bola sepak terkenal di Denmark dan sedang bersaing di liga divisyen kedua negara tersebut.

Walupun baru berusia 14 tahun, namun Ashman sudah menunjukkan pretasi yang memberansangkan selama enam tahun bermain di Liga Eropah.

Ashman juga pernah menyampaikan hasrat untuk menyertai pasukan Kuching City FC satu hari nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Masa untuk Aidil Sharin cedok resepi Azraai Khor harungi Piala AFC – Sukan

Next Post

Tuntutan Rezal buat pemain kekal rekod, Gate H Boys ada kejutan istimewa – Sukan

Related Posts