Selain Damien Lim, pakar ‘corner kick’ antara 3 nama layak sertai Harimau Malaya – Sukan


SKUAD Harimau Malaya dilihat hanya menunggu masa menunjukkan taringnya dalam kempen Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 bermula 20 Disember ini.

Buat masa ini, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon masih belum membuat keputusan berhubung senarai akhir skuad Harimau Malaya, lebih-lebih lagi masih ada kelab yang sedang menghadapi saingan separuh akhir Piala Malaysia.

Tidak mustahil, ketua jurulatih kebangsaan berkemungkinan memanggil beberapa muka baharu bagi memperkuatkan pasukan menghadapi pertandingan bola sepak berprestij di Asia Tenggara itu.

Malah, Pan-gon sebelum ini juga dikatakan sering turun padang untuk menyaksikan sendiri perlawanan-perlawanan penting Liga Malaysia agar dia dapat memilih sendiri pemain mengikut kriteria dikehendaki.

Tidak hairanlah, majoriti peminat fanatik Harimau Malaya memasang impian supaya kempen Piala AFF kali ini dibarisi wajah-wajah baharu yang boleh menjadi tonik tambahan buat skuad kebangsaan muncul juara selepas kali terakhir mendakap trofi berprestij itu pada edisi 2010.

Dalam saingan separuh akhir melibatkan skuad Sabah FC dan Johor Darul Takzim (JDT) baru-baru ini, penjaga gawang Sang Badak, Damien Lim jelas mencuri tumpuan selepas membuat beberapa ‘save’ berbahaya jentera serangan Harimau Selatan.

Damien Lim — Gambar Facebook/Damien Lim

Bahkan, Damien mengukir sejarah tersendiri apabila muncul sebagai goalkeeper pertama musim ini yang berjaya menyelamatkan sepakan penalti penyerang berbisa JDT, Bergson da Silva dalam aksi berkenaan.

Pengulas perlawanan turut menyebut bahawa Damien sudah membuat ulang kaji cara peledak Brazil itu mengambil sepakan penalti sekali gus menutup ruang baginya untuk mencipta gol JDT.

Aksi cemerlang itu membuatkan ramai peminat bola sepak tempatan berharap agar pemain berusia 25 tahun itu diberi peluang untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Selain Damien, berikut merupakan tiga nama yang disebut-sebut penyokong boleh dipanggil untuk diketengahkan dalam saingan Piala AFF.

Mukhairi Ajmal — Gambar Facebook/SelangorFC

1) Mukhairi Ajmal (Selangor FC)

Selepas aksi memukau ketika perlawanan antara Selangor FC dan Terengganu FC pada saingan separuh akhir Piala Malaysia, nama pemain muda Gergasi Merah yang juga kapten Harimau Muda, Mukhairi Ajmal tiba-tiba menjadi sebutan.

Ia selepas dia membantu Selangor mencetak gol menerusi tiga sepakan sudut yang disudahkan dengan begitu cantik oleh Richmond Tetteh Ankrah pada minit ke-37, Herlison Caion De Souza Ferreira (minit ke-43) dan Sharul Nazeem Zulpakar (minit ke-54).

Dengan skil dan kelincahan yang ditunjukkan, Mukhairi tentunya calon sesuai diturunkan sebagai perancang tengah pasukan Harimau Malaya.

Malah dia diharap diberi kepercayaan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama selepas sebelum ini hanya menjadi pemanas bangku simpanan ketika aksi perlawanan persahabatan Malaysia menentang Thailand dan Tajikistan pada September lepas.

Nathaniel Shio Hong Wan — Gambar Facebook/JohorSouthernTiger

2) Hong Wan (JDT)

Nama pemain kacukan Malaysia-China yang kini beraksi di JDT, Nathaniel Shio Hong Wan juga menjadi bualan peminat bola sepak negara untuk dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

Pemain berusia 22 tahun itu dianggap boleh menjadi pemain tengah bertahan utama Malaysia menggantikan Syamer Kutty Abba yang kini masih menjalani pemulihan selepas pembedahan lutut pada Julai lalu.

Prospek muda itu memerlukan pengalaman lagi dalam perlawanan kompetitif berintensiti tinggi agar dia boleh menjadi pemain berkualiti tinggi pada masa akan datang.

Ditambah dengan pengalaman beraksi di Eropah, Hong Wan dirasakan dapat membantu Harimau Malaya untuk win over penguasaan tengah atas padang.

Rawilson Batuil — Gambar Facebook/Rawilson

3) Rawilson Batuil (Sabah FC)

Bekas pemain kebangsaan 2018 ini dirasakan perlu dipanggil semula dalam skuad kebangsaan kendalian Pan-gon.

Bersama skuad Sang Badak, pemain berusia 28 tahun itu menunjukkan peningkatan dari segi corak permainan.

Menerusi pengalaman sebagai kapten pasukan kebangsaan sebelum ini, Rawilson dilihat mudah menyesuaikan diri dengan corak taktikal Pan-gon, apatah lagi membentuk keserasian bersama rakan-rakan sepasukan Harimau Malaya yang lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gantung but atau tidak? 3 kelab ‘tutup kedai’, masa depan pemain undang teka-teki – Sukan

Next Post

Piala Dunia 2022 buka tirai, aksi tuan rumah, juara edisi 1966 curi tumpuan – Sukan

Related Posts