Selain dakwaan kasari kekasih, ini 2 lagi pemain Liga M pernah terpalit kes polis – Sukan


KARIER seorang pemain bola sepak profesional boleh musnah bila-bila masa sahaja dan lebih teruk lagi nama mereka terus terkubur dari arena sukan berkenaan apabila terpalit dengan isu membabitkan pihak polis.

Seperti kejadian yang menimpa pemain Manchester United, Mason Greenwood apabila masih tidak diberikan kesempatan untuk beraksi berikutan dakwaan bertindak ganas terhadap seorang wanita.

Walaupun tuduhan berkenaan sudah digugurkan pada tiga bulan lalu namun pihak pengurusan Man United masih tidak memberikan apa-apa jawapan mengenai masa depan penyerang tersebut.

Hakikatnya, kisah seperti Greenwood itu bukan hanya berlaku di luar negara apabila kejadian sama turut berlaku kepada salah seorang pemain Liga Super.

Pada Khamis, seorang pemain yang dipercayai tonggak pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali didakwa melakukan keganasan fizikal kepada cinta hatinya sehingga mendatangkan kecederaan pada bahagian badan wanita itu.

Cumanya nasib Rizal bersama Sabah FC masih belum diketahui, namun sepertinya kelab Borneo itu tentu akan mempertimbangkan situasi bekas pemain Kedah Darul Aman FC itu dengan mengambil kira cerita dua belah pihak.

Susulan kejadian berkenaan, Rizal tidak diletakkan dalam senarai perlawanan menentang The Cops pada Khamis.

Dalam satu insiden di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada Rabu itu, wanita yang dikenali sebagai Dr Hana Rose mendakwa kekasihnya itu memukul dahi, mencekik leher dan menggigitnya lengan kiri dan kanannya.

Susulan daripada isu berkenaan pemain yang dipercayai mencederakan teman wanitanya itu ditahan pihak polis pada Khamis di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Laporan daripada pihak Majoriti sebelum ini menyatakan bahawa hasil siasatan mendapati insiden tersebut terjadi akibat perselisihan faham antara mangsa dengan teman lelakinya sehingga berlaku keganasan.

Namun insiden itu bukanlah pertama pemain Liga Malaysia (Liga M) terbabit dengan isu melibatkan pihak berkuasa berikutan sebelum ini terdapat lagi dua bintang bola sepak pernah melaluinya.

Penggunaan dadah

Gambar ketika seorang bekas pemain kebangsaan ditahan pihak polis. — Facebook

Pada Julai 2022, penyokong dikejutkan dengan isu seorang bekas pemain skuad kebangsaan Malaysia ditahan oleh pihak polis di sekitar Johor Bahru, Johor selepas didapati memiliki bahan terlarang.

Lelaki yang dipercayai berusia 36 tahun tersebut ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis Methamphetamine. Dia difahamkan pernah menyarung jersi tiga pasukan Liga M lain pernah menganggotai skuad kebangsaan bawah 23 tahun serta skuad senior kebangsaan.

Suspek yang juga anak bekas pemain sebuah kelab Lembah Klang itu pernah membantu pasukannya memenangi kejuaraan Liga Super sebanyak enam kali bersama dua pasukan berbeza antara tahun 2009 hingga 2017.

Selepas bersara dari karier profesional, pemain yang pernah menyarungkan jersi kelab selatan tanah air itu dikatakan terlibat dengan aktiviti bola sepak di sebalik tabir namun tidak berpanjangan.

Kes rogol

Suspek (kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Kota Bharu bagi mendapatkan perintah tahanan reman sebelum ini. — Sinar Harian

Seorang pemain Kelantan United Football Club (KUFC) terpalit dengan dakwaan kes merogol seorang gadis berusia 18 tahun dan ditahan pihak berkuasa pada sekitar Jun tahun lepas.

Pemain yang berusia 28 tahun dipercayai Fakhrul Zaman iaitu penyerang skuad Kijang Hijau dan pernah menabur bakti bersama pasukan Kelantan FC.

Difahamkan pemain tersebut dicekup selepas dipercayai merogol gadis di sebuah rumah di Kota Bharu sehingga laporan menyatakan ada kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa.

Mangsa dikatakan cuba melawan dan menjerit meminta tolong, namun semua ahli keluarganya tiada di rumah ketika kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Selepas Adriano, anak jati Penang pula disebut punca Penang cicir mata di laman sendiri – Sukan

Next Post

Dikhabarkan ke liga Indonesia, 3 sebab Shane Lowry perlu kekal dalam benteng JDT – Sukan

Related Posts