Selain alunan merdu ayat suci Al-Quran, sisi lain penyerang Maghribi memukau dunia – Sukan


PENYERANG sensasi kebangsaan Maghribi, Zakaria Aboukhlal menyifatkan kejayaan pasukannya mencipta kejutan dengan menjadi pasukan Afrika pertama layak ke peringkat separuh akhir Piala Dunia, disebabkan izin ALLAH.

Skuad The Atlas Lion melakarkan sejarah baharu dalam penganjuran bola sepak berprestij itu apabila mara ke peringkat separuh akhir setelah menunjukkan jalan keluar kepada Portugal dengan keputusan 1-0 pada Sabtu.

Gol tercipta hasil tandukan Youssef Al-Nusairi pada minit ke-42 tidak mampu dibalas pasukan Portugal sehingga wisel pertama berbunyi.

Zakaria Aboukhlal berkata, pemain dan pegawai pasukan bukan sahaja memiliki semangat juang tinggi, malah sangat bergantung kepada peranan Tuhan dalam memperjuangkan Piala Dunia 2022 di Qatar.

“Kami sangat gembira dengan pencapaian ini, selagi Tuhan bersama kami, tiada apa yang mustahil,” kata Zakaria kepada media.

Memakai Jersi No.14, Zakaria tampil di bahagian serangan pada perlawanan tersebut pada minit ke-81 bagi menggantikan Hakim Ziyech.

Pemain dengan dua kerakyataan iaitu Maghribi dan Belanda itu memiliki peluang menggandakan kelebihan Maghribi dalam masa tambahan 90+6′ namun usahanya tidak membuahkan hasil.

Di sebalik watak pentingnya di atas padang, pemain berusia 22 tahun itu memiliki sisi lain yang pasti membuat penyokong bola lebih kagum dengan sosok itu.

Di negara asalnya, Zakaria terkenal dengan kebolehannya mengalunkan bacaan Al-Quran dengan lancar serta sering menjadi imam dan khatib.

Menurut portal berita Mahgribi, Actu Foot Maroc, menyenaraikan Zakaria Aboukhlal sebagai imam kegemaran rakyat negara itu.

“Zakaria Aboukhlal, imam kegemaran kami tidak gagal menjaringkan gol, dia hampir tidak bermain untuk skuad kebangsaan.

“Pemain ini tidak pernah buat masalah,” tulis akaun Actu Foot Maroc menerusi ruang media sosial.

Bagaimanapun laporan itu tidak menyatakan sebab Zakaria hampir tidak dapat mengikuti skuad kebangsaan pada Piala Dunia kali ini.

Akaun @One_Dakwah turut berkongsi detik ketika Zakaria membacakan khutbah doa kepada rakan pasukan kebangsaan Maghribi.

The Cultur of Islam menyiarkan detik Zakaria membaca ayat suci Al Quran, surah Al Balad dan ketika beliau mengimamkan solat.

“Surah Al Balad dibacakan oleh pemain bola sepak Maghribi Zakaria Abouhlal,” tulis Cultur of Islam.

Menurut akaun tersebut, Zakaria turut terlibat ketika menyampaikan khutbah solat Jumaat.

“Jangan lupa, dia juga melakukan khutbah Jumaat untuk pasukan Montakhab (nama lain bagi Maghribi),” jelasnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kekal dan panggil semula import, TRW buru bintang-bintang berstatus caps skuad kebangsaan – Sukan

Next Post

‘Trust the process’, Arif Aiman Hanapi beli kereta Mercedes-Benz AMG CLA 45 – Sukan

Related Posts