‘Sekarang saya hadir sebagai pemain kebangsaan’, Faisal Halim ada sebab untuk ‘meletup’ di SSMZA – Sukan


KELEBIHAN beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di Kuala Terengganu, Terengganu sudah tentu mahu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, apabila berdepan dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1, minggu depan.

Harimau Malaya akan menentang Kepulauan Solomon, Rabu ini, di SSMZA sebelum berdepan Papua New Guinea di gelanggang sama, 20 Jun ini.

Menurut Faisal, atau terkenal dengan panggilan ‘Mickey’, sebelum beraksi bersama skuad Selangor FC musim ini, dia terlebih dahulu membina karier di bumi Terengganu di bawah bimbingan bekas ketua jurulatih, Nafuzi Zain selama dua musim.

Justeru dia sudah cukup mahir dan arif dengan keadaan fizikal padang SSMZA yang disifatkan antara terbaik di Malaysia.

“Tetapi sekarang saya hadir sebagai pemain kebangsaan dengan rakan-rakan pasukan yang lebih berkualiti dan terbaik di Malaysia,” katranya pada sidang media, di Kuala Terengganu pada Ahad.

“Sudah tentu permainan dan persembahan di SSMZA akan lebih meningkat. Kita ada pemain yang berpengalaman, pemain muda dan naturalisasi, sudah pasti perlawanan persahabatan nanti lebih menarik,” katanya.

Dalam pada itu, Mickey berkata, dia bersedia menggalas tugas sebagai kapten pasukan negara sekiranya diberi kepercayaan oleh Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon.

Pan-gon ketika latihan pertama skuad kebangsaan bagi dua aksi persahabatan. — Facebook/FAM

Bagaimanapun, perkara tersebut bukan keutamaan kerana dia lebih teruja untuk menghadiahkan kemenangan khususnya kepada penyokong di Pantai Timur.

Sementara itu, pemain pertahanan, Shahrul Saad berkata, dia mengharapkan sokongan daripada peminat bola sepak Pantai Timur untuk mencipta kemenangan pada dua perlawanan tersebut.

“Semua orang tahu aura penyokong Pantai Timur memang kuat dan stadium sentiasa penuh jika ada perlawanan.

Seramai 25 pemain Harimau Malaya melapor diri di SSMZA pada Sabtu untuk kem latihan pusat selama dua minggu bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan tereebut sebagai persediaan Piala Asia 2023. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kebangkitan cukup dramatik tapi biarlah jangan selalu begini: Fandi – Sukan

Next Post

Saya sangat bangga untuk kembali bersama Harimau Malaya — Lee Tuck – Sukan

Related Posts