SEA Talks warnai UniPin SEACA 2021… Pemenang kejohanan bakal raih hadiah terkumpul RM191,000

SALAH satu kejohanan e-sukan campuran dan wanita terbesar di Asia Tenggara, UniPin Southeast Asia Cyber Arena 2021 (SEACA 2021) sedang berlangsung dari 12 sehinggalah 21 November ini.

Acara siri UniPin SEACA 2021 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM191,000.

UniPin SEACA MAJOR 2021 akan menjadi acara kemuncak bagi kejohanan UniPin SEACA 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua influencer e-sukan Malaysia sokong UniPin Ladies Championship MYSG

ARTIKEL BERKAITAN: Terbesar di Malaysia! UniPin Ladies Championship memperkasakan wanita menerusi pertandingan

PUBG Mobile Tournament akan menjadi pentas bagi 32 pasukan e-sukan yang layak dari seluruh Asia Tenggara untuk bertanding.

Malaysia akan diwakili oleh nama-nama besar seperti Fanyx My dan Richie Angels.

Ladies Series SEA Invitational akan dilancarkan dan buat pertama kalinya diadakan dalam siri UniPin SEACA 2021.

Selain itu, UniPin SEACA 2021 juga telah menyediakan SEA Talks sebagai salah satu tarikan untuk peminat e-sukan.

Siri webinar selama tiga hari ini akan menampilkan penceramah antarabangsa seperti Carlos Alimurung CEO dari ONE Esports, Allan Phang CMO dari Galaxy Racer dan Harris Hartman CBO dari EVOS Esports.

Apa yang menarik, acara SEA Talks boleh dihadiri oleh sesiapa sahaja secara percuma.

Ashadi Ang bersama Debora Imanuella dalam satu wawancara e-sukan.

“Kami mahu menggabungkan semangat pertandingan daripada kejohanan ini bersama-sama dengan semangat pembangunan ekosistem e-sukan secara keseluruhannya.

“Itulah sebabnya kami menyediakan kejohanan dan ruang wanita untuk belajar melalui pakar dalam webinar,” kata Naib Presiden Kanan UniPin Community, Debora Imanuella.

Ashadi Ang selaku Ketua Perhubungan Awam dan Komunikasi Lembaga Eksekutif Esports Indonesia (PB ESI) pula menghargai konsistensi dalam menganjurkan acara e-sukan di peringkat antarabangsa.

“Kehadiran SEACA sebagai kejohanan profesional yang konsisten dan kompetitif adalah isyarat positif untuk pertumbuhan ekosistem e-sukan yang sihatm,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Kerjaya saya di Old Trafford masih selamat”- Solskjaer

Next Post

Baru belajar cara hantar mesej, pelumba kuda umur 50 tahun akui benci teknologi

Related Posts