Sayu… Neymar menangis Brazil tewas final Copa America, ditenangkan Messi

NEYMAR menitiskan air mata sebaik wisel penamat dibunyikan pada perlawanan akhir Copa America 2021, apabila skuad kebangsaannya Brazil tewas kepada Argentina 0-1.

Gol kemenangan Argentina itu menerusi aksi pemain Angel di Maria, di di Stadium Maracana, Rio de Janeiro di Brazil, pada Ahad.

Suasana pilu apabila Neymar menerima peluk tanda persahabatan daripada pemain Argentina, Lionel Messi.

Bagaimanapun, Neymar nampaknya dapat mengatasi kekecewaan itu dengan pantas sejurus selepas Argentina merangkul trofi kemenangan.

Neymar kemudian dirakamkan sedang ketawa bersama Lionel Messi, iaitu bekas rakan sepasukannya untuk Barcelona.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kedua-dua bintang itu berkongsi momen bersama di luar padang, dengan Messi menghiburkan Neymar sejurus sebelum dia pergi merangkul trofi.

Neymar kelihatan menanggalkan pingat naib juaranya sejurus selepas menerimanya dalam upacara selepas perlawanan.

Jaringan Angel di Maria membuatkan Argentina kembali menggenggam trofi kejuaraan selepas kali terakhir La Albiceleste muncul juara Copa America 1993. – Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Euro 2020: Ratu Elizabeth ucap ‘Semoga berjaya’ kepada England menjelang aksi final menentang Itali

Next Post

Beberapa kali ramalan tepat, pasukan mana pula jadi pilihan anjing laut ini rangkul juara Euro 2020?

Related Posts