‘Saya tidak mahu memaksa’, Lucas Silva harap dapat segera kembali ke padang – Sukan


PENYERANG import baharu Sri Pahang, Lucas Silva tidak sabar untuk kembali beraksi apabila kini sedang menjalani latihan selepas dilanda kecederaan lutut awal Mac lalu.

Silva sebelum ini terpaksa diketepikan apabila berdepan masalah berkenaan ketika pramusim sebelum sepak mula Liga Malaysia dan perlu menjalani proses pemulihan sekurang-kurangnya satu bulan.

Namun, keadaannya kini semakin pulih dan sudah pun menjalani latihan bersama skuad pada Selasa lalu menyaksikan skuad kendalian Fandi Ahmad pastinya akan kembali menagih sentuhan bekas pemain Penang FC itu.

Bagaimanapun, Silva enggan terlalu memaksa diri dan tetap berpuas hati sekiranya Fandi memberinya peluang beraksi hanya untuk beberapa minit sekalipun sebaik sahaja liga kembali bersambung pada 31 Mac ini.

“Ya, saya dah kembali berlatih dan rasa lebih baik daripada sebelum ini, di mana otot di lutut saya juga semakin kuat. Sekarang saya rasa lebih yakin dan pergerakan juga semakin baik, jadi harapnya semua akan berjalan lancar.

“Rasa sakit pun dah tiada, cuma saya tidaklah mahu terlalu paksa diri, tetapi ia sudah cukup baik jika jurulatih beri peluang saya bermain hanya untuk 20 hingga 30 minit sahaja.

“Saya serahkan semuanya kepadanya untuk menentukan dan fokus saya adalah untuk terus cergas supaya dapat kembali seperti biasa”, katanya.

Kpah (kiri) menjadi satu-satunya penyerang cergas Sri Pahang ketika ini. — Facebook/Sri Pahang FC

Bercakap mengenai rakan sepasukannya, Kpah Sherman yang kini diletakkan sandaran utama dalam jentera pasukan Tok Gajah, Silva tidak menolak dia sudah melakukan tugas yang cukup baik sebagai seorang penyerang.

Tambahnya, walaupun agak bergelut tanpa dirinya, Silva menganggap Sri Pahang sudah berjuang dengan cemerlang untuk kekal tanpa tewas dalam lima perlawanan setakat ini.

“Saya bekerja dengan cukup kuat pada awalnya sebelum cedera dan sekarang melihat rakan-rakan juga telah melakukan tugas dengan baik, saya rasa bangga.

“Pada awalnya, memang semua orang menjangkakan saya dan Kpah (Sherman) akan menjadi gandingan yang baik, tetapi apabila saya cedera, mereka yang lain juga tetap beraksi dengan baik.

“Tetapi, saya tidak putus asa dan apabila saya dah kembali berlatih, rakan-rakan yang lain tetap beri semangat untuk saya dapatkan balik keyakinan diri,” tambahnya. — MFL

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Selepas dikaitkan ke Korea, media Jepun pula tertarik dengan Arif Aiman – Sukan

Next Post

Liga Super: PDRM bukan pasukan ‘tebuk atap’ – Sukan

Related Posts