‘Saya tiada duit bayar denda’, Pan-gon ulas pengadilan Dae-Yong – Sukan


“SAYA tidak ada banyak duit untuk bayar denda jadi saya tidak akan komen tentang pengadil.”

Demikian ulasan ringkas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon berhubung pengadilan kontroversi Kim Dae-young pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Pengadilan Dae-young menyaksikan peluang Malaysia mendapatkan bekalan lebih selesa dengan jaringan kedua dinafikan pengadil dari Korea Selatan itu.

Gol kedua sebelum itu berpunca daripada sepakan percuma yang diambil oleh pemain Malaysia, Lee Tuck.

Lambungan bola itu berjaya ditanduk pertahanan skuad kebangsaan, Dominic Tan sebelum masuk ke dalam gol namun dibatalkan oleh Dae-yong.

Ini kerana, Dae-yong mengatakan terdapat kekasaran ketika perebutan bola di udara sedangkan menerusi ulang tayang mendapati Dominic berjaya menanduk bola dengan baik.

Dae-Yong juga mengambil masa lebih daripada lima minit sebelum membatalkan gol tersebut secara rasmi sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemain dan penyokong.

Difahamkan, berlaku tindakan menyiku terhadap penjaga gol sedangkan kekasaran itu dilakukan oleh pemain Thailand sendiri.

Sementara itu, Dominic tidak terkesan dengan penafian gol tersebut sebaliknya menganggap itu adalah perkara normal dalam bola sepak.

Bagi pemain Sabah FC itu, apa yang penting adalah mengekalkan momentum permainan bagi mengharungi perlawanan seterusnya di Thailand.

Malaysia akan bertemu Thailand pada separuh akhir kedua yang dijadualkan berlangsung 10 Januari depan di Stadium Thammasat, Pathum Thani. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kim Dae-yong kini masuk senarai ‘hated’ penyokong HM lepas Ryuji Saito – Sukan

Next Post

Dominic kecewa jaringan dibatalkan, janji bangkit buru gol pertama bersama HM – Sukan

Related Posts