Saya mahu menang setiap kali menyarung jersi Malaysia — Dion Cools – Sukan


KAPTEN skuad Harimau Malaya, Dion Cools menyeru rakan sepasukannya untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Syria dan China di Chengdu, China, bulan depan.

Pemain pertahanan kelab Thailand, Buriram United itu, berkata , dua aksi persahabatan di tempat lawan adalah perlawanan penting menjelang tugas berat mejelang pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 bermula November ini dan Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan.

“Kami mempunyai dua perlawanan yang sangat baik (Jun lalu) tetapi kini tiba masanya untuk kerja serius, perlawanan yang sangat penting akan datang sekarang, dua lawan yang sangat kuat.

“Perlu memastikan kami bersedia terlebih dahulu untuk layak ke Piala Dunia dan Piala Asia pada Januari,” kata pemain kecukan Belgium-Malaysia berusia 27 tahun itu ketika ditemui pada hari pertama kem latihan pusat di Persatuan Bola Sepak Wisma of Malaysia (FAM), Kelana Jaya, Selangor pada Rabu.

Malaysia akan berdepan dengan Syria pada 6 September dan China, tiga hari berikutnya.

Cools tidak bersama skuad kendalian Kim Pan-gon dalam dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea, Jun lalu, kerana melangsungkan perkahwinan.

Bagaimanapun, dia dijangka terus menjadi tonggak penting buat Harimau Malaya di pusingan akhir Piala Asia nanti.

Katanya, peluang memakai lilitan kapten semula tidak membebankan sebaliknya dapat memberi keyakinan ketika beraksi.

Menurutnya, walaupun tidak menggalas tugas sebagai kapten, dia tetap berasa sangat bertanggungjawab ketika berada di padang.

“Saya mahu menang setiap kali menyarung jersi Malaysia, lilitan lengan ini memberi keyakinan kepada saya untuk membantu pasukan dengan lebih banyak lagi,” katanya.

Aguero diberikan peluang untuk beraksi dalam skuad negara ketika kempen Piala AFF awal tahun lalu. — Facebook/FAM

Sementara itu, Sergio Aguero, antara pemain naturalisasi yang dimiliki Harimau Malaya ketika ini, optimis skuad negara mampu menandingi Syria dan China, yang berada dalam kelompok 100 pasukan terbaik dunia.

“Sudah tentu, kedua-dua perlawanan persahabatan itu sangat sukar namun kami juga mempunyai barisan pemain yang bagus dan bersedia berdepan dengan pasukan besar,” kata pemain skuad Sri Pahang berusia 29 tahun itu.

Sementara itu, dalam hantaran Facebook FAM pada Rabu, Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin menuntut peningkatan prestasi daripada pemain bermula dari dua perlawanan di Chengdu sebagai menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia tahun depan.

“Medan ujian buat skuad Harimau Malaya menjelang Piala Asia bermula dengan dua aksi di China sebelum berdepan India dan Palestin/Tajikstan pada Pestabola Merdeka 2023. Seterusnya pada November kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 berdepan Kyrgyzstan.

“Kesemua pasukan ini kedudukan ranking mereka adalah lebih baik daripada kita. Sudah tentu, ini menjadi medan ujian terbaik buat kita mempamerkan kemampuan sebenar bagi bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik di Asia,” katanya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] ‘Adik Aqil ada mentaliti juara’, KBS komited hulur bantuan – Sukan

Next Post

[VIDEO] TMJ pernah turun padang bantah keputusan pengadil – Sukan

Related Posts