‘Saya harap yang baik-baik untuk tahun ini’, Khuzaimi kongsi khabar angin sarung jersi baharu – Sukan


KIRA-KIRA seminggu lagi jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) akan melabuhkan tirainya dan dalan tempoh itu adalah peluang terakhir untuk semua pasukan membawa masuk pemain baharu untuk memperkuatkan pasukan masing-masing.

Sambil menunggu jendela perpindahan akan ditutup pada 2 Ogos ini, saingan Liga Super juga masih berlangsung seperti biasa dan menariknya ada beberapa pasukan akhirnya menggunakan khidmat pemain yang sekian lama memanaskan bangku simpanan sebelum mereka berhijrah ke pasukan lain.

Seperti Kedah Darul Aman (KDA) FC yang sempat menggunakan tenaga penyerang sayap, Al-Hafiz Harun pada aksi menang ke atas PDRM FC pada 9 Julai lalu sebelum pemain itu disahkan secara rasmi dipinjamkan kepada Penang FC pada baki saingan Liga Malaysia (Liga M).

Tidaklah ingin meletakkan nasib pertahanan kental Gergasi Merah, Khuzaimi Piee seperti pemain KDA FC tersebut namun persamaan mereka adalah apabila kedua-duanya dikaitkan akan menyarung Harimau Kumbang secara pinjaman pada pusingan kedua Liga M.

Dan persamaan kedua-duanya juga dapat dilihat apabila khidmat bek tengah itu lebih sering digunakan pengendali Tan Cheng Hoe sejak akhir-akhir ini ketika khabar angin Khuzaimi ke Penang semakin bertiup kencang.

Buktinya, khidmat bekas pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) itu digunakan sebagai kesebelasan utama dalam tiga perlawanan terakhir Gergasi Merah yang mana sebelum itu Khuzaimi hanya masuk sebagai pemain gantian ataupun sekadar memanaskan bangku simpanan.

Khuzami diberi kepercayaan menjadi kesebelasan utama dalam aksi menentang Sabah pada Ahad. — Facebook/SelangorFC

Bercakap kepada Majoriti mengenai khabar anginnya bakal menyarung jersi baharu pada waktu terdekat ini, Khuzaimi tidak menafikan namun sebaliknya meminta agar mendoakan perkara yang baik untuknya.

“Bagi saya benda itu (khabar angin) bukan masalah untuk diri saya. Kita tahu ada lebih seminggu lagi untuk jendela kedua ini dan berharap tiada yang memberi tekanan kepada diri saya. Saya harap yang baik-baik lah yang akan saya dapat untuk tahun ini.

“Mengenai susah nak dapat tempat, perkara itu bukan jadi masalah untuk pemain sebab untuk jadi satu pasukan kita perlu beri yang terbaik semasa latihan dan sekarang untuk perlawanan pun jurulatih ada rancangan sendiri. Bagi saya siapa yang bermain untuk setiap perlawanan tidak menjadi masalah,” katanya kepada Majoriti.

Dalam perkembangan yang sama, Khuzaimi juga sempat mengulas mengenai hasratnya untuk kembali dipanggil ke kem latihan skuad kebangsaan terutamanya dalam beberapa perlawanan persahabatan sebagai persiapaan ke Piala Asia tahun depan.

Pada tahun lepas, pemain kelahiran Melaka itu merupakan watak penting buat Harimau Malaya namun kegagalannya meraih minit permainan, selain kecederaan ketika Piala AFF pada tahun lalu menyebabkan Khuzaimi semakin hilang dari senarai Harimau Malaya.

Khuzaimi ketika meraihkan kejayaan Malaysia layak ke Piala Asia pada Jun tahun lepas. — Instagram/Khuzaimi

“Bagi saya untuk semua pemain berharap dapat wakil skuad kebangsaan. Kita tahu di situ ialah satu pasukan yang kita bawa nama negara dan untuk saya juga.

“Sekiranya diberi peluang, saya akan cuba bagi yang terbaik. saya harap siapa pun yang bermain untuk skuad kebangsaan, dapat memberi yang terbaik untuk negara,” tambahnya.

Khuzaimi baru-baru ini diturunkan sebagai kesebelasan utama Selangor FC menang 1-0 ke atas Sabah dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, Selangor pada Ahad.

Tiga mata diperolehi di laman sendiri itu menyaksikan Selangor kini mengumpul 40 mata, 11 mata di belakang pendahulu, Johor Darul Takzim (JDT). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Andai JDT lepas Nazmi Faiz, ke mana destinasi harus dia pergi? – Sukan

Next Post

[VIDEO] Tak tahu apa punca, bek KDA FC B tendang pemain JDT II ketika bersalaman – Sukan

Related Posts