Satu liga dengan bekas penyerang Barca, 3 sebab Tiago Leonco boleh jadi pengganti ideal Lira – Sukan


KEPUTUSAN penyerang import Brazil, Willian Lira meninggalkan Kedah Darul Aman (KDA) FC memberi peluang kepada pihak pengurusan untuk mencari penggantinya menjelang jendela perpindahan kedua pada Julai nanti.

Pelbagai nama mula dikaitkan akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyerang berusia 29 tahun itu dan antara nama penyerang prolifik dikatakan akan tiba di Darul Aman ialah Ifedayo Olusegun dan penyerang senegara Lira, Tiago Leonco.

Ifedayo cukup dikenali sebagai antara peledak digeruni Liga Malaysia (Liga M) dan buktinya bekas tonggak Selangor FC itu dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kasut Emas sebanyak dua kali.

Namun berbeza pula dengan Tiago yang namanya agak asing dalam kalangan penyokong sehingga ada menzahirkan kerisauan mereka jika penyerang Brazil itu gagal menjadi pengganti Lira dan sekali gus membantu Kedah di bahagian serangan.

Perkara tersebut tidak lagi kerisauan buat pemain ke-12 Sang Kenari berikutan berdasarkan pemerhatian Majoriti, ini tiga faktor Tiago akan menjadi penyerang ideal Kedah bagi pusingan kedua Liga Malaysia (Liga M);

1) Jumlah gol lebih dari Lira

Tiago sudah meledak 89 jaringan gol dalam 268 penampilan sepanjang bergelar pemain profesional.

Siapa yang mengikuti perkembangan Lira sedia maklum bahawa dia mendapat banyak kritikan susulan masalah prestasi di awal kemunculan bekas pemain Ventforet Kofu itu di bumi Darul Aman.

Masakan tidak, setiap penyerang akan dinilai tahap kecemerlangannya berdasarkan jumlah gol dan pemain 1,85 meter itu gagal memenuhi jangkaan penyokong terhadapnya.

Namun, kerisauan penyokong terhadap Tiago mungkin akan berkurangan apabila rekod jaringan golnya bersama kelab sebelum ini melebihi jumlah yang dicetak Lira sepanjang bergelar pemain profesional.

Pemain berusia 30 tahun itu sudah meledak 89 jaringan gol dalam 268 penampilannya bersama pasukan-pasukan sebelum ini dan turut mencipta hantaran bantuan sebanyak 16 kali.

Jika dibandingan dengan bekas pemain Vardar Skopje, Lira mencetak sebanyak 43 gol sahaja dalam 154 penampilannya bersama kelab-kelab sebelum menyarung jersi KDA FC.

2) Pengalaman dengan kelab liga kompetitif

Tiago menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya bersama Al-Dhafra FC. — Instagram/Leonco

Fakta menarik mengenai Tiago adalah pemain yang selasa beraksi dengan kaki kanan itu mempunyai pengalaman beraksi di saingan kompetitif dengan musim ini menabur khidmatnya di Liga Satu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Dhafra FC.

Liga UAE merupakan liga lebih kompetitif jika dibandingkan dengan Asia Tenggara dan ramai bintang bola sepak turut beraksi di saingan tersebut seperti bekas pemain Barcelona, Paco Alcacer dan bekas pemain Everton, Allan.

Justeru itu, pengalamannya yang beraksi dan pernah beradu kekuatan dengan pemain bertaraf bintang itu boleh menjadi modal untuk digunakan sekiranya sah menjadi sebahagian keluarga Kedah.

Tiago yang meninggalkan negara kelahirannya di usia 22 tahun bagi meneruskan karier bola sepak profesionalnya sudah beraksi di pelbagai kelab seperti di Portugal, Denmark, Cyprus, Hong Kong, China dan akhirnya di negara Timur Tengah itu.

3) Mudah menyesuaikan diri

Tiago merupakan penjaring terbanyak bersama R&F Hong Kong pada 2018 dengan menjaringkan 11 gol dalam 17 perlawanan. — Instagram/Leonco

Tiago juga boleh disifatkan sebagai pemain yang mudah menyesuaikan diri kerana ketika debut pertamanya bersama kelab Al Dhafra, bekas tonggak AEL Limassol itu berhasil merekodkan jaringan.

Import tersebut membuat kejutan di kelab baharunya apabila berhasil mencetak jaringan gol debutnya pada penampilan pertamanya dalam perlawanan Al-Dhafra FC menang 2-1 ke atas Dibba.

Selain daripada menjaring gol debut ketika penampilan pertamanya, Tiago juga menjadi antara penjaring terbanyak divisyen kedua Denmark yang mana mencetak 13 gol untuk Vendsyssel FF di tahun pertamanya bersama kelab tersebut.

Selepas itu, Tiago terus sahaja membuat kejutan apabila sekali lagi menjadi penjaring terbanyak pada tahun pertamanya di Liga Perdana Hong Kong dengan 11 jaringan gol buat pasukannya R&F Hong Kong.

Ketika itu dia hanya dibezakan satu jaringan gol dengan penjaring terbanyak, Lucas Silva yang mana merupakan bekas penyerang Penang FC musim lalu dan tahun ini menyertai Sri Pahang di awal musim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Siap jumpa ejen Moon-sik, 3 kelab bakal terima khidmat ‘oppa’ Julai nanti – Sukan

Next Post

Nostalgia final buat Cheng Hoe dambakan detik kemuncak sekali lagi – Sukan

Related Posts