Sanggup berhenti Navy sertai Johor Tigris, tekong import taruhan utama kalahkan Negeri Sembilan – Sukan


SELEPAS kali terakhir merekodkan kemenangan ketika menang 2-1 ke atas Sabah Mountaineers, 17-21, 21-04 dan 21-11 pada minggu pertama saingan Liga Sepak Takraw (STL) Emas Annuar 2022/2023, Johor Tigris akhirnya merekodkan kejayaan kedua.

Regu Tigris berhasil merekodkan kemenangan kedua selepas enam perlawanan dengan menewaskan pendahulu liga, ATM Guardians. 21-18, 21-17 pada aksi pertama minggu ketiga.

Hasil perlawanan sengit kedua-dua pasukan itu menyaksikan tekong import, Rattadech Noijaroen dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan dengan menghasilkan banyak servis berbahaya buat Johor Tigris.

Menjelang perlawanan kedua minggu ketiga menentang Negeri Sembilan Antlers, Johor Tigris yakin mampu meneruskan rentak kemenangan dan sekali gus mampu mengubah kedudukan mereka yang kini menghuni kedudukan kesembilan liga.

Pengurus Johor Tigris, Hasif Halim berkata, gabungan Rattadech, Syahmi Syazwan sebagai striker dan Lutfil Hadi Azmi sebagai feeder pada aksi menentang ATM Guardian akan kekal menjadi ramuan untuk memperoleh kemenangan ketiga.

Antara aksi Tigris menentang ATM.

“Johor mampu teruskan rentak kemenangan malam ini (Ahad). Pasukan saya berada dalam momentum terbaik untuk minggu ini. — Facebook/STL

“Kalau ikut pandangan barisan kejurulatihan kami akan kekalkan pemain yang sama kerana selepas minggu kedua, kami nampak keserasian ketiga-tiga mereka sejak aksi menang ke atas Sabah,” katanya kepada Majoriti.

Dengan pemain import Thailand itu akan menjadi taruhan utama pada malam ini, Hasif yakin pengalamannya bersama Ratchaburi di saingan Liga Thailand mampu membantu melonjakkan Tigris.

Menurut Hasif, Ratchaburi adalah seperti kelab gergasi bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang mana terkenal dengan mempunyai fasiliti sepak takraw bertaraf pasukan dunia dan menjaga kebaikan pemain.

Kombinasi tiga pemain Rattadech, Syahmi dan Lutfil Hadi bakal menjadi taruhan menentang Antlers. — Facebook/STL

Pengurus tersebut mengakui bahawa tekong import dari negara jiran itu sememangnya pembelian berbaloi Tigris pada musim ini berikutan Rattadech sering memainkan peranan untuk berkongsi ilmu kepada rakan sepasukan.

“Rattadech kami dah cuba tawarkan sejak dua tahun lepas tapi baru berjaya memilikinya. Setelah apa dia tunjukkan dengan permainan beberapa kebelakangan ini, dia memang pembelian yang berbaloi. Pasukan dan Persatuan (Persatuan Sepak Takraw Johor) percaya dia mampu beri motivasi dan membawa pemain muda di gelanggang.

“Dia memang nak main dari dua tahun lepas tapi ada masalah dari majikannya kerana tidak memberikan pelepasan. Untuk makluman dia baru berhenti Navy (tentera laut). Lepas berhenti baru boleh datang Malaysia. Selepas dia dah tak main dengan pasukan kebangsaan, Rattadech lebih mudah untuk berhijrah,” katanya.

Walaupun yakin mampu menewaskan Antlers, namun Tigris masih berwaspada dengan servis berbahaya daripada pemain utama, Haziq Nizam yang baru-baru ini menyarung jersi kebangsaan sebagai tekong di Sukan SEA Kemboja. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bekas bintang HM ikut jejak Benzema, Ronaldo ke Arab Saudi, mahu meninggal dunia di Makkah – Sukan

Next Post

Selain pukul kekasih, fans ‘trigger’ 3 lagi kes pemain Liga M pernah cetus kontroversi kurang dapat perhatian media – Sukan

Related Posts