Sang Kenari lancar kempen untuk Pak Ngah terbang lebih tinggi – Sukan

PENYERANG sensasi Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ronald Ngah Wanja antara pemain yang tersenarai dalam 10 gol tercantik di peringkat kumpulan Piala AFC 2022.

Berdasarkan laman sesawang rasmi Piala AFC, gol tercantik Ronald Ngah yang tersenarai itu ialah sewaktu skuad Hijau Kuning beraksi menentang kelab dari Kemboja, Visakha FC pada 30 Jun lalu.

Ketika aksi itu, Ronald Ngah dilihat membuat larian secara solo dari tengah padang sebelum menggelecek seorang lagi pemain dan menjaringkan gol.

Jaringn itu dicatat pada minit ke 76 dan merupakan gol kelima yang berjaya dihasilkan KDA FC sewaktu menentang wakil dari Kemboja itu.

Pad perlawanan berkenaan, KDA FC berjaya mara ke separuh akhir Zon Asean Piala AFC selepas membelasah Visakha FC 5-1 di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali Indonesia.

Turut tersenarai ialah wakil dari Malaysia, Paulo Jouse mewakili Kuala Lumpur City FC; Rizky Eka Pratama (PSM Makassar: Indonesia); Geovane Magno (Viettel FC:Vietnam); Ange Kouame (Tainan City FC, Taiwan); Gil (Lee Man:Hong Kong); Robinho (Bashundhara Kings, Bangladesh); Liston Colaco dan David Williams (ATK Mohun Bagan FC, India).

Poster kempen mengundi gol tercantik Ronald Ngah. — Facebook KDA FC

Berikutan kejayaan Ronald Ngah atau lebih mesra disapa dengan gelaran Pak Ngah, KDA FC melancarkan kempen undian buat pemain berusia 30 tahun itu.

Undian yang akan ditutup tepat pada pukul 4.00 petang itu, pihak KDA FC melalui laman rasminya mengajak penyokong Lang Merah untuk mengundi Ronald Ngah agar boleh dinobatkan sebagai gol terbaik peringkat kumpulan.

“Undi Gol Terbaik Ronald Ngah Wanja peringkat Kumpulan #AFCCup2022, pastikan KDA FC terus terbang tinggi! Undian akan di tutup jam 4.00 petang ini. Undi sekarang https://bit.ly/AFCCup2022_BestGSGoal,” tulis kenyataan itu.

Undian gol tercantik Piala AFC peringkat kumpulan setakat pukul 9.35 pagi tadi. — Piala AFC

Setakat pukul 9.35 pagi, pemain berasal dari Cameroon itu meraih undian tertinggi dengan 52 peratus, manakala tempat kedua diikuti oleh Robinho yang mewakili Bashundhara Kings, kumpulan dari Bangladesh (39 peratus).

Meskipun penyokong Sang Kenari sedikit kesal dengan prestasi pasukan kegemaran mereka itu, namun mereka masih menunjukkan sokongan dengan mengundi Ronald Ngah dan membanjiri kata-kata pujian buatnya di laman media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Senarai bocor’ 9 pemain ke Sabah FC, bintang kelab gergasi jadi pilihan – Sukan

Next Post

Sembang kosong, ramai tak percaya janji manis Kedah nak hadiahkan final Piala AFC – Sukan

Related Posts