Sampai bila kena ‘trust the process’?, gandingan trio baharu patut jadi strategi terbaik kemenangan Perak – Sukan


PASUKAN Perak FC ketika ini masih gagal menjelmakan kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini dengan tiga perlawanan terdahulu menemui jalan buntu buat anak-anak buah Lim Teong Kim.

Dua keputuan seri dan satu kekalahan dialami oleh pasukan itu sekali gus meletakkan Perak kini di kedudukan ke empat tercorot liga dengan hanya dua mata diperoleh setakat ini.

Mengulas berhubung keputusan kurang memberansangkan itu, Teong Kim kerap mengingatkan penyokong untuk ‘trust the process’ dan bersabar dengan taktikal yang diturunkan.

Kurang senang dengan alasan yang diberikan, penyokong Perak sebaliknya menggesa agar jurulatih itu membawa kemenangan dalam perlawanan seterusnya dan ia diibaratkan peluang ‘hidup mati’ pasukan tersebut.

“Ini soal hidup mati pasukan, kena menang, tak boleh seri apatah lagi kalau tewas, kalau tidak pengurusan kena ambil tindakan, sampai bila nak ‘trust the process’, setiap perlawanan kena ada perubahan dan strategi berlainan,” ujar Hay Nizar.

Kerap menyenaraikan gandingan Hadi Fayyadh dan Seo Seonung di bahagian serangan, tindakan itu nyata gagal membuahkan hasil apabila skuad Seladang masih lagi gagal mendapatkan tiga mata penuh dalam perlawanan selain pemilihan kesebelasan pemain juga turut mengundang perhatian sebilangan penyokong.

Perak FC tewas dengan jaringan 4-1 ketika menentang Kedah FC pada perlawanan pertama Liga Super 2023. — Facebook/PerakFC

Kurang berpuas hati dengan persembahan ditampilkan, taktikal dan kepercayaan yang diletakkan khususnya kepada pemain import Korea itu dikatakan menjadi punca utama rentak permainan Perak sedikit tumpul di hadapan gawang gol.

Gagal dalam perebutan bola tinggi dan kawalan bola yang kurang kemas, peminat mula mengkritik gaya persembahan dipamerkan penyerang itu.

“Import Korea itu memang tak boleh pergi, ke laut dia bawa bola dan nampak tiada persefahaman baik dengan rakan sepasukan lain,” kata Izzuwan008.

Kena ada pertukaran pemain juga, dah tiga perlawanan Fayyadh dan Seonung diturunkan, takda keputusan positif jadi kena ada pemain baru yang lebih baik,” ujar Hanz Hanif.

Kritikan yang dilemparkan terhadap kedua-dua pemain itu mendorong kepada trio gandingan baharu yang diyakini mampu membawa perubahan kepada corak permainan Perak.

Harith Naem Jaineh

Pemain muda berusia 21 tahun berasal dari Kota Belud, Sabah ini merupakan antara individu terawal yang diumumkan oleh pengurusan Perak ketika jendela perpindahan pemain dibuka pada awal musim lalu.

Merupakan bekas graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD), ia sekali gus menguatkan lagi persefahamannya bersama Teong Kim dengan pemain itu pernah berada di bawah kendaliannya ketika di usia 19 tahun.

Memiliki kepantasan dan kawalan bola yang licik, membuatkan namanya disebut sebagai antara tonggak utama dan prospek jangka masa panjang buat Perak untuk musim akan datang.

Belum pernah diturunkan dalam perlawanan sebelum ini, kelibat Harith sentiasa ditagih di bahagian serangan dengan pemain itu selayaknya digantikan dengan import Korea, Seonung di posisi sayap kanan.

Ikhwan Hafizo

Merupakan penjaring tunggal skuad Perak di saingan Liga Super setakat ini, Ikhwan Hafizo berjaya menjaringkan gol ketika pertemuan pasukan itu bersama Kedah FC dalam aksi perlawanan pertama di Stadium Perak.

Meskipun tewas dengan jaringan 4-1, jaringan Hafizi seawal minit ketiga perlawanan membuktikan mengapa dia layak disenaraikan dalam kesebelasan utama dalam setiap perlawanan.

Bijak menghidu peluang dan mempunyai tindakan penyudah yang tajam, bakat dimiliki pemain itu semestinya enggan disia-siakan penyokong yang mula meletakkan kepercayaan terhadap pemain di posisi tengah berkenaan.

Sunil Chandran

Bekas pemain PJ City FC itu merupakan antara tonggak utama yang beraksi cemerlang dalam saingan musim lepas dengan pemain yang beraksi di posisi sayap kiri tersebut mempunyai hantaran ‘killer pass’ yang kerap kali mengundang ancaman terhadap pasukan lawan.

Mengambil keputusan untuk berhijrah ke Perak bagi musim 2023, setakat ini namanya hanya disenaraikan dalam permainan ketika perlawanan menentang Kedah tempoh hari dengan selain daripada itu kerap memanaskan kerusi bangku simpanan.

Dijangka bakal membentuk gandingan mantap bersama pemain muda Harith Naem di bahagian serangan, ketangkasan serta kelajuan kedua-dua pemain ini mampu membentuk larian pantas ke kawasan merbahaya pasukan lawan.

Justeru, harapan peminat untuk menyaksikan skuad Seladang bangkit daripada kekalahan terdahulu kian melonjak dengan perlawanan seterusnya bakal menemukan pasukan itu dengan Kuching City FC pada 12 Mac nanti.

Sekiranya Teong Kim masih kekal dengan keputusan untuk mengekalkan barisan pemain sedia ada, ia pastinya akan mengundang lebih banyak persepsi negatif terhadap pengendali itu.

Tiga kekalahan di liga super dan penyingkiran di saingan Piala FA menyaksikan betapa pasukan itu memerlukan satu pembaharuan dari segi taktikal dan keserasian pemain yang perlu ditambah baik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lupakan momen indah menentang Kedah, Azzmi mahu fokus berdepan Terengganu – Sukan

Next Post

Bukan tak mahu ‘upgrade’ padang, tapi ada sebab kelab Liga Super tidak sahut cadangan TMJ – Sukan

Related Posts