Sama naik dengan ‘team’ kesayangan, ini 3 penyokong sering curi perhatian umum – Sukan


SEMUA sedia maklum bahawa bola sepak merupakan sukan paling popular di dunia dan ia juga mempunyai penyokong tersendiri sehinggakan ada yang sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk menyokong kelab kesayangan mereka.

Penyokong memainkan peranan penting untuk sesebuah kelab bola sepak kerana merekalah yang akan membawa watak pemain ke-12 untuk menggerunkan pihak lawan melalui sorakan sokongan di stadium.

Harus diakui ada penyokong yang sering membuat tindakan luar jangka seperti mencetuskan pergaduhan besar dengan peminat pasukan lawan namun masih ada juga di antara mereka menarik perhatian atas faktor lain.

Antara faktor beberapa penyokong mendapat perhatian ataupun popular seperti pasukannya disebabkan keunikan dan gelagat sewaktu mereka dirakam ketika perlawanan siaran langsung.

Berikut Majoriti menyenaraikan tiga penyokong yang mencuri perhatian seiring dengan pasukan kesayangan ketika aksi Liga Super:

1) Puaka Jerai, Kedah Darul Aman (KDA FC)

Zulkifli ataupun Puaka Jerai amat popular dalam kalangan penyokong KDA FC.

Sebut sahaja Puaka Jerai pasti penyokong KDA FC mengenalinya kerana keunikan kostum yang dipakainya ketika turun padang menonton perlawanan skuad Hijau Kuning terutamanya di Stadium Darul Aman.

Puaka Jerai ataupun nama sebenarnya Zulkifli Hashim akan memakai kostum hijau dan kuning berserta imej bunga matahari pasti akan mencuri perhatian penyokong yang hadir ke perlawanan KDA FC.

Baru-baru ini Puaka Jerai mencuri tumpuan ketika perlawanan Kedah Terengganu FC (TFC) di Stadium Darul Aman dengan aksinya yang menceriakan penyokong.

Buat yang tidak tahu, Zulkifli juga merupakan Presiden Kelab Penyokong Puaka Jerai (PJFC) yang mana juga terkenal dengan kelantangannya dalam membela nama jurulatih dan pemain KDA FC.

Pada musim lalu, Zulkifli Hashim pernah meminta segelintir penyokong skuad Sang Kenari supaya segera menghentikan segera kecaman tidak masuk akal kepada keluarga pengendali, Aidil Sharin Sahak selepas jurulatih berkenaan dikritik susulan prestasi tidak memuaskan.

2) Sumandak, Evanatie Sannie (Sabah FC)

Evanatie ketika menyarung jersi ‘away’ Sabah FC.

Memiliki raut wajah yang cantik mungkin antara kelebihan mengapa wanita bernama Evanatie Sannie sering menjadi kegemaran jurugambar perlawanan di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Letak sahaja foto Evanatie di laman Facebook rasmi Sabah FC, pasti ramai penyokong lain akan meninggalkan komen ‘cantiknya’ dan menariknya gambar tersebut lebih memiliki bilangan like yang banyak daripada hantaran lain.

Untuk makluman, selain sering menunjukkan sokongan kepada pasukan The Rhinos, Evanatie juga merupakan finalis pertandingan ratu cantik Sabah, Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2022.

Penglibatan Evanatie bukan hanya sebagai penyokong, malah anak jati Kota Marudu itu dilantik menjadi model rasmi Sabah FC ketika pelancaran jersi ‘away’ The Rhinos.

Jersi Away diinspirasikan oleh Sumandak (Wanita) sebagai penghargaan kepada wanita yang sentiasa hadir ke Stadium Likas untuk memberi sorakan dan sokongan sepanjang Sabah beraksi di dalam Liga Malaysia.

3) Makcik Petir, Sri Pahang FC

Tangkap layar seorang penyokong wanita yang digelar ‘Makcik Petir’ tular di media sosial.

Ketika pertembungan antara skuad Harimau Selatan dan Sri Pahang FC pada musim lepas, tular satu gelagat penonton seperti menari-nari di Stadium Darul Makmur.

Aksi penyokong wanita yang kelihatan tidak berpuas hati dengan persembahan di atas padang itu mencuri perhatian peminat lain sehingga dia mendapat gelaran ‘Makcik Petir’ selepas perlawanan berkenaan.

Dia yang ketika itu mengenakan baju hujan berwarna kuning kelihatan bersemangat sambil berdiri dan melontarkan kata-kata tidak difahami ketika aksi yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 tersebut.

Meskipun persembahan dari kedua-dua pasukan tidak memuaskan hati penyokong namun peminat di stadium masih terhibur dengan gelagat Makcik Petir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Import baharu Sang Badak jadi taruhan sekat JDT – Sukan

Next Post

Kelemahan fizikal bukan alasan Fayadh tekad buru kesebelasan utama HM – Sukan

Related Posts