Salah beri bayangan bakal bersara?

MOHAMED Salah menimbulkan keraguan mengenai masa depannya bersama pasukan kebangsaan Mesir berikutan kegagalan mereka untuk layak ke Piala Dunia.

Dalam komen menerusi video yang diterbitkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Mesir, penyerang Liverpool itu berkata betapa dia bangga dengan pasukannya dan menyebut ‘sama ada saya berada bersama pasukan itu atau tidak’.

Mesir tumpas kepada Senegal menerusi penentuan penalti.

Video itu menunjukkan Salah bercakap dengan rakan sepasukannya di bilik persalinan selepas kekalahan mereka.

“Saya memberitahu pemain semalam (sebelum perlawanan) bahawa saya bangga dapat bermain dengan mereka, dan mereka antara yang terbaik yang pernah saya beraksi.

“Tidak banyak yang boleh dikatakan, tetapi ia satu penghormatan untuk bermain dengan anda, sama ada saya berada di sini atau tidak,” katanya.

Komen Salah ditafsirkan sebagai isyarat dia mungkin bersedia untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa. – Thesun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“No war please” – Rublev hantar mesej ringkas selepas kemenangannya

Next Post

Piala Dunia 2022: Sepanyol bertembung Jerman peringkat kumpulan

Related Posts