Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

PENGENDALI pasukan Liverpool, Jurgen Klopp seperti jutaan penduduk lain di seluruh dunia, melak.ukan sesuatu untuk menghilangkan kebosanan semasa perintah kawalan pergerakan akibat Covid-19.

Minggu ini, bos Reds itu mencabar dirinya dengan mengikat tali leher.

Lebih melucukan apabila beliau membuat tarian selepas berjaya melakukannya.

Pada usia 52 tahun, mungkin dianggap lewat buat Klopp untuk mempelajari kemahiran tersebut.

Namun, umum mengetahui beliau kebiasaannya memakai pakaian sukan setiap kali perlawanan berlangsung.

Ketika perintah kawalan pergerakan pada masa ini, hari-hari Klopp sama seperti mereka yang lain dengan duduk di rumah.

Ini bermakna beliau mempunyai banyak masa untuk belajar pelbagai kemahiran diri.

Klip video Klopp itu dimuat naik di laman Twitter Liverpool. – Mail Online

? Jürgen’s goal for the week: Done ✅ pic.twitter.com/oGGyZeTJjb

— Liverpool FC (at ?) (@LFC) April 20, 2020

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Menari tanpa rasa malu, wanita tayang punggung ketika siaran Sukan Komanwel

Next Post

Tempoh ‘lockdown’ panjang, doktor kelab Man United pantau kesihatan mental pemain

Related Posts