Saham Man United naik mendadak, Sheikh Jassim dilapor berjaya beli Red Devils – Sukan


SELEPAS berbulan-bulan dalam proses pembincangan, pemilikan baharu kelab bola sepak gergasi dunia, Manchester United seperti semakin hampir menemui titik noktah.

Berdasarkan media antarabangsa, Qatar al-Watan, hartawan dari Timur Tengah, Sheikh Jassim sudah hampir bergelar pemilik baharu kelab tersebut.

Menurut media berkenaan, pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi dengan Keluarga Glazer difahamkan sudah tidak lagi bergelar pemegang saham terbesar kelab.

“Kejayaan pengambilalihan Sheikh Jassim bin Hamad bin Jassim dari Manchester United dan perjanjian akan diumumkan tidak lama lagi,” tulis laporan Qatar al-Watan.

Keluarga Glazer terus diberi tekanan atas kegagalan mereka untuk meneruskan legasi Manchester United. — Agensi

Perkara itu dikuatkan dengan pengarah editorial mereka, Fahed Al Emadi menyokong dakwaan tersebut di samping mengakui tawaran Sheikh Jassim untuk membeli Manchester United berjaya diterima.

“Semua berita yang diterima menunjukkan kejayaan pengambilalihan Sheikh Jassim bin Hamad bin Jassim dari Manchester United, dan pengumuman perjanjian itu akan dibuat tidak lama lagi,” katanya seperti dipetik dari United In Focus.

Walaupun belum ada kenyataan rasmi mengenai status pengambilalihan Manchester United, dakwaan yang dikaitkan dengan media Qatar mencadangkan mungkin ada hasil positif untuk Sheikh Jassim.

Sheikh Jassim difahamkan sudah menjadi pemilik skuad The Red Devils secara sah. — Agensi

Berita tersebut juga disokong beberapa pemain media yang berpangkalan di Timur Tengah seperti Zaid al-Hamdan yang mengucapkan tahniah buat Sheikh Jassim selepas menjadi pemilik baharu Manchester United.

Sementara itu, laporan di media tersebut juga menyebabkan harga saham kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu meningkat secara mendadak.

Ia difahamkan berpunca daripada tindakan sebahagian pemilik saham pasukan sebagai respons terhadap laporan Qatar al-Watan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lepas ‘balun’ Kelantan, ejen Moon-sik komen perpindahan Falcao ke JDT – Sukan

Next Post

Semua sudah tidak sabar berdepan Kepulauan Solomon — Faisal Halim – Sukan

Related Posts