Sah sambung kontrak, Tak Gajah berputih mata untuk dapatkan gandingan Kpah Sherman – Sukan


KETUMPULAN jentera serangan Sri Pahang FC boleh dikatakan sebagai salah satu punca pasukan Pantai Timur itu tidak berada dalam kelompok tiga pasukan teratas Liga Super.

Ketiadaan penyerang kelahiran Brazil, Lucas Silva berikutan kecederaan jangka masa panjang menyaksikan tugas tersebut dipikul sepenuhnya oleh Kpah Sherman.

Harapan yang disandarkan kepada pemain sayap yang dimiliki, seperti Baqiuddin Shamsudin dan Azrif Nasrulhaq untuk menjaringkan gol juga terus mengecewakan penyokong skuad Tok Gajah.

Jadi, untuk menyelesaikan perkara itu, pihak pengurusan Sri Pahang FC dikatakan sedang berusaha membawa masuk wajah-wajah baharu ketika jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

Antara nama yang disebut-sebut sebagai gandingan buat Kpah Sherman untuk baki musim 2022 ialah penyerang antarabangsa Iceland, Jón Dadi Bödvarsson.

Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad pastinya mahu seorang penyerang baharu. — Facebook/Sri Pahang FC

Khabar angin itu dikuatkan dengan pemerhatian orang ramai yang mendapati pemain berusia 31 tahun itu sudah menjadi pengikut dua bekas kapten Pahang, Matt Davies dan Lee Tuck menerusi akaun Instagram peribadinya.

Bödvarsson dilihat sebagai satu penambahan yang berkualiti buat skuad Tok Gajah memandangkan peledak itu mempunyai kelebihan dari segi fizikal serta pengalaman luas dalam dunia bola sepak.

Namun, panas yang disangka sehingga ke petang tidak kesampaian apabila kelabnya, Bolton Wanderers FC memilih untuk menyambung kontraknya.

Berdasarkan laporan media antarabangsa BBC pada Rabu, pemain tinggi lampai terbabit memilih untuk kekal bersama pasukan sehingga sekurang-kurangnya setahun lagi.

Keputusan itu juga dibuat Bödvarsson dengan mengatakan bahawa keluarganya sudah begitu selesa di England setelah membina kehidupan di situ sejak 2016.

Bödvarsson dikhabarkan hampir pasti untuk menyertai Sri Pahang FC. — Agensi

“Keluarga saya dan saya sendiri berasakan kami seperti berada di rumah, penyokong serta orang ramai cukup baik dengan kami.

“Masa depan serta hala tuju Bolton adalah cukup positif dan saya secara peribadi mahu menjadi sebahagian daripadanya,” katanya.

Bödvarsson pernah mewakili beberapa kelab divisyen bawahan sekitar England, termasuk Millwall dan Wolverhampton Wanderers sejak meninggalkan Iceland pada 2016.

Musim ini, sumbangannya bersama kelab adalah sedikit terhad apabila dia hanya menjaringkan tiga gol liga sebelum mengalami kecederaan kaki yang serius.

Bagi Sri Pahang pula, kegagalan untuk mendapatkan penyerang berkenaan pastinya satu cabaran memandangkan mereka kini hanya menjaringkan 23 gol dalam 14 aksi Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tarikh 14 Jun, bola sepak Perak berkabung kehilangan 2 legenda lebih 5 tahun lalu – Sukan

Next Post

STL 2023: Penang Black Panthers guna taktik berbeza cuba tundukkan 3 lawan sukar – Sukan

Related Posts