Sah! Nemanja Matic umum bakal tinggalkan United

NEMANJA Matic mengumumkan akan meninggalkan Manchester United pada musim panas ini.

Bagaimanapun, pemain tengah kelahiran Serbia itu tidak menjelaskan sebab mengapa dia mahu berundur.

Matic menyertai United selama lima tahun selepas berhijrah dari Chelsea dengan harga perpindahan £40 juta (RM221 juta) pada 2017.

Walaupun tidak memenangi sebarang trofi bersama Red Devils, pemain berusia 33 tahun itu telah membuat lebih 180 penampilan untuk kelab itu sejak tiba di Old Trafford.

“Selepas berfikir panjang, saya telah memutuskan bahawa musim ini adalah musim terakhir saya bersama United. Saya telah memaklumkan kepada lembaga pengarah, pengurus dan pemain tentang keputusan saya.

“Ia merupakan satu penghormatan dan keistimewaan yang besar untuk bermain di kelab hebat ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada peminat atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.

“Saya kini akan memberikan segala-galanya sehingga akhir musim untuk membantu rakan sepasukan sehabis daya,” tulisnya di Instagram.

Matic masih mempunyai baki lebih setahun dalam kontrak bersama United, yang mana akan tamat pada penghujung musim depan. – Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kecoh Lucas Paqueta panaskan bangku simpanan walaupun ‘positif Covid-19’

Next Post

Game sakan menjelang raya? Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem bertarung dalam Mobile Legends

Related Posts