Sah bergelar Pengarah JDT, KJ ‘multitask’ tugas di Hot FM, Harimau Selatan – Sukan


KHAIRY Jamaluddin secara rasmi diumumkan sebagai Pengarah kelab bola sepak elit, Johor Darul Takzim (JDT).

Perkara tersebut diumumkan JDT dalam hantaran terbaharu di laman rasmi media sosial Johor Southern Tigers.

“Kelab JDT ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Khairy Jamaluddin atas pelantikan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT selepas diumumkan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,” katanya pada Rabu.

Johor Southern Tigers juga mengumumkan bekas Menteri Kesihatan itu sebagai Penasihat Belia Johor.

Tunku Ismail menerusi satu hantaran berbeza di laman Facebook rasmi berkata, baginda percaya Khairy bakal memberi nilai tambah kepada Johor.

“Saya telah bertemu Khairy dan bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah JDT.

“Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia dan kemajuan bola sepak Johor,” katanya.

KJ membuat penampilan sulung di Hot FM pada Rabu. — IG Khairy Jamaluddin

Khairy yang memulakan tugas sebagai DJ di segmen Bekpes Hot di stesen radio Hot FM pada pagi Rabu juga sempat mengulas berkaitan pelantikan tersebut.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut menzahirkan penghargaan kepada TMJ dan JDT atas kepercayaan melantik beliau menyertai sebahagian daripada keluarga JDT.

Beliau memaklumkan bahawa boleh menggalas tugas sebagai penyampai radio walaupun sudah bergelar CEO kelab terbabit.

“Rasanya tidak ada masalah kerana saya boleh multitasking (mahir buat banyak tugas),” katanya di Hot FM. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Diayam-ayamkan’ senior, Syihan kena terima realiti sukar di JDT – Sukan

Next Post

Pemain tengah Afghanistan gagal diserap TRW, tapi bekas ‘striker’ Sabah pula meroyan – Sukan

Related Posts