Safuwan sah ke Selangor, giliran bekas peledak pula diseru bantu pasukan ke Asia – Sukan


DESAS-DESUS bekas pertahanan Negeri Sembilan FC (NSFC), Safuwan Baharudin ke kelab di Lembah Klang akhirnya menjadi kenyataan selepas perkara itu dikongsikan dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi Selangor FC pada Khamis.

Disahkan sebagai pertahanan terbaharu bagi skuad Gergasi Merah pada saingan kedua Liga Super, kehadiran pemain itu dilihat sebagai satu langkah tepat untuk membantu kelab tersebut terus berjuang dalam saingan musim ini.

Untuk rekod, Safuwan merekodkan 12 penampilan bersama skuad Jang musim ini dan penampilan terakhirnya bersama pasukan itu ialah sebagai pemain gantian semasa menentang Johor Darul Takzim (JDT) FC pada 8 Julai lalu.

Dengan kemasukan semula pemain import itu ke Selangor, ia sekali gus menaikkan semangat peminat yang mahu menyaksikan pasukan itu kembali ke beraksi di saingan Piala AFC musim depan.

Safuwan sah beraksi selaku pemain Selangor pada aksi kedua Liga Super musim ini.

Dalam pada itu, segelintir peminat mula mendesak agar pengurusan Gergasi Merah mengisi kekosongan pemain di bahagian serangan bagi memperkuatkan lagi skuad tersebut.

Selangor yang kini berada di posisi kedua liga, dilihat masih berpotensi untuk melayakkan diri ke kejohanan peringkat Asia tersebut dengan hanya dua pasukan teratas boleh ke saingan itu.

Bekas import berpengalaman, Sandro da Silva disebut sebagai calon sesuai untuk dibawa kembali ke Selangor dengan pemain itu pernah mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat bola sepak tempatan pada 2018.

Berdasarkan pemerhatian Majoriti, berikut merupakan tiga faktor mengapa pemain itu disebut sebagai individu yang mampu membuahkan kejayaan buat Gergasi Merah.

Sandro Da Silva antara peledak berpengalaman di saingan Liga M.

1. Rekod cemerlang di Liga Malaysia (Liga M)

Pada awal pembabitannya bersama KDA FC, Sandro mengecapi pelbagai kejayaan termasuk juara Liga Perdana 2015, Piala Malaysia 2016, Piala FA 2017, serta Piala Sumbangsih pada 2017 sepanjang era kejurulatihan Tan Cheng Hoe.

Pada 2019, Sandro bersama Selangor terus konsisten selaku salah seorang pemain tengah menyerang sepanjang tempoh dua musim bersama kelab tersebut.

Manakala bersama Sarawak United, dia berjaya membawa kelab tersebut beraksi di Liga Super musim lalu selepas muncul naib juara di Liga Premier 2021.

Dengan rekod peribadinya yang terpuji sepanjang bermain di liga tempatan, ia sekali gus menjadi tonik terbaik buat pemain itu kembali sebagai penyerang Selangor.

2. Serasi corak permainan tempatan

Berbekalkan kejayaan yang diraih beberapa musim lalu, penyerang import kelahiran Brazil itu pastinya sudah lali dengan taktikal serta corak permainan di Liga Super.

Pasukan tempatan yang kerap mengamalkan corak permainan secara menyerang dan hantaran jauh, dijangka akan memudahkan pemain tersebut dengan larian pantas dimiliki yang dikatakan mampu membolosi jaringan lawan.

Pernah berada di bawah kendalian Cheng Hoe ketika bersama Kedah, kemasukan Sandro ke Selangor pastinya disambut baik jurulatih skuad kebangsaan tersebut dengan persefahaman antara mereka mampu mengembalikan kejayaan dikecapi bersama satu ketika dahulu.

3. Gandingan mantap bersama Ayron del Valle

Selangor akan memiliki beberapa pilihan pemain berpotensi di bahagian serangan dengan Sandro Da Silva berpotensi untuk digandingkan dengan seorang lagi import sensasi, Ayron del Valle.

Dengan ketajaman dan kawalan bola dimiliki, kedua-dua pemain itu mampu menjadi senjata terbaharu Gergasi Merah sekiranya Cheng Hoe meletakkan dua pemain serangan di posisi hadapan.

Ketika ini, Selangor kerap membariskan Ayron selaku tonggak utama dalam kesebelasan pasukan dan kelibatnya tidak pernah mengecewakan selepas berjaya meraih 14 gol daripada 16 perlawanan setakat ini.

Untuk melayakkan diri ke Kejohanan AFC, Selangor perlu mengekalkan rekod kemenangan untuk sekurang-kurangnya berada di tempat kedua di carta liga musim ini.

Anak-anak buah Cheng Hoe ketika ini diikuti rapat skuad Sri Pahang FC yang berkongsi mata di tangga ketiga liga.

Bagi mengelakkan daripada terus kehilangan mata, Gergasi Merah perlu terus fokus dalam memburu kemenangan di perlawanan berikutnya dan kehadiran Sandro Da Silva dilihat mampu merealisasikan impian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Belum di prestasi terbaik, tapi Nafuzi percaya Ifedayo hanya perlukan masa – Sukan

Next Post

Tujuh tahun lalu, Harimau Malaya ucap selamat tinggal kepada 2 figura berpengaruh – Sukan

Related Posts