Safee Sali kongsi cerita, Sathia pernah keluarkan duit sendiri bayar gaji pemain – Sukan


PEMERGIAN bekas pengendali skuad Harimau Malaya, B Sathianathan yang meninggal dunia pada Selasa amat dirasai dalam kalangan pemain bola sepak tanah air khususnya mereka yang pernah menjadi anak didik mendiang.

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali berkata, Sathianathan merupakan inidividu yang pemurah sama ada dari segi kewangan mahupun ilmu selain mempunyai disiplin tinggi sepanjang bergelar jurulatih.

“Mendiang memang seorang yang baik hati walaupun kelihatan tegas menerusi televisyen. Beliau sebenarnya sangat pemurah. Sekiranya pemain tidak mendapat bayaran gaji, beliau akan mengeluarkan duit sendiri untuk membantu pemain yang mengalami masalah kewangan.

“Satu kehilangan amat dirasai oleh kami yang terlibat dalam industri bola sepak. Beliau memang seorang yang murah hati dalam memberi sebarang ilmu mengenai bola sepak dan bertanggungjawab,” katanya pada Selasa.

Safee turut berkongsi gambar kenangan sewaktu dia dan Sathianathan menjadi pundit untuk Liga Super musim ini.

Pemain pertahanan kanan, Johor Darul Takzim (JDT), S Kunanlan berkata, ilmu dan bakti yang dicurahkan mendiang banyak membantu menambah baik prestasinya sebagai pemain kebangsaan.

“Beliau (Sathianathan) adalah antara jurulatih terbaik, punya pengalaman dan pengetahuan sangat bagus untuk berikan penambahbaikan kepada pemain. Saya sendiri antara pemain yang menjadi pilihan beliau untuk dibawa ke dalam pasukan kebangsaan,” katanya.

Sathianathan, 65, dilapor menghembuskan nafas terakhirnya ketika pukul 1.25 tengah pada Selasa di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kanser.

Bekas pemain Negeri Sembilan itu sebelum ini terpaksa berehat seketika daripada arena bola sepak selepas menjalani rawatan kesihatan pada tahun lepas.

Pencapaian terbaik mendiang adalah ketika mengemudi skuad bawah 23 tahun (B-23) untuk menjuarai Pestabola Merdeka 2007 dan dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya sehingga awal 2009.

Sathianathan pernah menjadi jurulatih beberapa pasukan tempatan antaranya Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Felda United, Selangor dan kali terakhir sebagai pengendali Sarawak United. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Irfan: Ini bukan caranya saya mahu berundur sebagai jurulatih – Sukan

Next Post

‘Tak semua kelab ada keistimewaan sapu duit kerajaan’, TMJ cadang MFL-FAM laksana FFP tahun depan – Sukan

Related Posts