Safawi Rasid buat ‘u-turn’, tidak mungkin ke Sabah – Sukan


PEMAIN sensasi, Safawi Rasid mencetuskan tanda tanya dalam dalam kalangan penyokong mengenai hala tujunya apabil difahamkan sudah mengucapkan selamat tinggal kepada kelab Thailand, Ratchaburi FC.

Ucapan selamat tinggal itu dimuat naik sendiri oleh pemain kelahiran Terengganu FC tersebut di laman Insta Story miliknya pada Rabu, malam.

“The adventure with all of you was great. Big thanks Ratchaburi FC. (Perjalanan yang hebat bersama pasukan ini. Berbanyak-banyak terima kasih Ratchaburi FC,” tulisnya ringkas sambil kelihatan sudah memadam gambarnya sepanjang menyarung jersi Ratchaburi.

Hantaran tersebut seperti memberi petunjuk bahawa sudah bersedia mencari destinasi terbaharu selepas lima bulan beraksi di Liga Thailand sebagai pemain pinjaman Johor Darul Takzim (JDT) pada Disember tahun lalu.

Sebelum ini, kelab Indonesia, Persib Bandung juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 26 tahun itu.

Menurut laporan media tempatan, Pengarah PT Persib Bandung Bermartabat, Teddy Tjahjono enggan menjawab sama ada khabar angin tersebut betul dan beliau juga tidak menafikan khabar bahawa mereka berminat untuk mendapatkan khidmat Safawi.

Tangkap layar IG Story Safawi. — @safawirasid29

Namun begitu, khabar angin Safawi akan berkelana di Indonesia seperti semakin pudar susulan tiada perkembangan terbaharu daripada kelab tersebut.

Oleh itu, tidak peliklah jika nama pemain sayap kebangsaan itu kembali meniti di bibir penyokong Liga Super dan antara kelab yang dikaitkan ialah Terengganu FC (TFC), Sri Pahang dan Sabah FC.

Antara ketiga-tiga pasukan tersebut, Sri Pahang dan skuad Penyu merupakan pasukan yang sesuai membawa Safawi dan kedua-duanya mempunyai faktor tersendiri.

Memiliki ramai pemain Harimau Selatan dan mudah membina keserasian berkemungkinan menjadi faktor Safawi untuk menerima tawaran bersama Tok Gajah.

Jika bersama dengan negeri kelahirannya pula, Safawi akan mendapat peluang untuk beraksi di peringkat Piala AFC, selain reunion semula dengan pengendali, Tomislav Steinbruckner.

Berbeza di Sabah FC, Safawi diramal susah untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama berikutan The Rhinos sudah memililik Saddil Ramdani yang mengisi posisi pemain sayap. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

JDT, TFC, KDA FC perlu pantas sebelum kelab England dan Scotland sambar Kobe Chong – Sukan

Next Post

Malaysia sedang berbincang dengan 4 negara untuk persiapan terakhir Piala Asia — Hamidin – Sukan

Related Posts