Safawi Rasid bongkar hubungan baik sesama pemain, sebab utama Harimau Malaya ‘perform’ atas padang – Sukan


PEMAIN sayap negara, Muhammad Safawi Rasid berasakan keharmonian dalam pasukan mendorong skuad Harimau Malaya meraih keputusan memuaskan berdepan dua pasukan di ranking lebih tinggi pada kejohanan Piala Raja Thailand di Chiang Mai, Thailand baru-baru ini.

Pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu secara peribadi berpandangan pemain yang dipanggil menyertai pasukan negara kali ini berjaya mewujudkan suasana harmoni sekali gus memberi impak kepada prestasi pasukan sewaktu menentang Thailand dan Tajikistan.

“Saya rasa panggilan kali ini lebih membentuk pasukan harmoni supaya suasana itu dibawa di padang. Saya nampak semua pemain ada hubungan baik dan sebab itu kita dapat keputusan baik,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Sepang pada Isnin.

Pada kejohanan Piala Raja Thailand, Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon mengekalkan 17 daripada 23 pemain yang telah membawa Malaysia layak ke Piala Asia 2023 dan menyenaraikan lapan pemain baharu termasuk tiga pemain muda berusia 21 tahun dari skuad Bawah 23 Tahun (B-23).

Antara barisan pemain Malaysia sewaktu kejohanan empat penjuru itu. — Facebook/FAM

Pada kejohanan itu, Malaysia mara ke final dengan menewaskan pasukan tuan rumah 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi 90 minit berakhir dengan keputusan 1-1 di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai Khamis lepas.

Pada aksi final berdepan Tajikistan Ahad lepas, skrip berbeza berlaku apabila Malaysia pula terpaksa akur tewas 0-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan sekali gus kempunan menamatkan kemarau 44 tahun menjadi juara.

Thailand dan Tajikistan masing-masing turun ke kejohanan itu sebagai pasukan di ranking ke-111 dan ke-109 dunia manakala Malaysia di kedudukan ke-148.

Justeru, secara keseluruhan Muhammad Safawi yang dilantik sebagai salah seorang daripada ketua pasukan, berpuas hati dengan dua keputusan seri dicatat skuad Harimau Malaya dalam aksi 90 minit kerana ia memberi penambahan mata dalam kedudukan ranking.

“Kalau cakap mengenai prestasi peribadi saya tidak puas hati sebab saya benci kepada kekalahan, itu menandakan saya kena perbaiki lagi,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Sementara itu, mengulas mengenai kecaman peminat ke atas rakan sepasukannya Mohamadou Sumareh susulan persembahan hambar, Muhammad Safawi berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana bola sepak adalah sukan berpasukan. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Piala Malaysia 2022: Penang sah ganti MU – Sukan

Next Post

Jurulatih Liga Super antara calon buruan kelab seberang – Sukan

Related Posts