Safawi ke Pahang, baik untuk legasi bola sepak kita — Zainal Abidin – Sukan


GOSIP perpindahan yang mengatakan pemain sayap negara, Safawi Rasid bakal meninggalkan Johor Darul Takzim (JDT) lenyap susulan kenyataan dikeluarkannya pada Rabu.

Selepas aksi persahabatan pasukan kebangsaan menentang Kepulauan Solomon, penyerang itu bertegas akan terus kekal bersama skuad Harimau Selatan susulan penamatan tempoh pinjamannya dengan kelab Thailand, Ratchaburi FC.

Dia sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Sri Pahang FC atau Terengganu FC memandangkan tempatnya dalam skuad utama JDT semakin hilang berikutan peningkatan mendadak Arif Aiman Hanapi.

Selain itu, kebolehannya yang sedikit merosot akibat kekurangan minit permainan boleh dilihat dengan pemain berusia 26 tahun tersebut bergelut untuk kembali ke prestasi terbaik sejak kebelakangan ini.

Keputusan berkenaan pastinya memberi kekecewaan buat dua pasukan Liga Super berkenaan memandangkan ketumpulan jentera serangan mereka cukup mengecewakan ketika ini.

Safawi kini masih terikat dengan JDT sehingga penghujung musim 2023. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Namun, pendirian itu masih perlu dihormati, lebih-lebih lagi dengan Safawi mempunyai baki kontrak dengan JDT di samping hubungannya masih baik bersama kelab Selatan tanah air itu.

Bagaimanapun, bagi pemerhati sukan negara, Zainal Abidin Rawop, penghijrahan pemain sayap itu akan memberi impak amat baik buat arena bola sepak tempatan sekiranya ia dapat dimeteraikan.

“Safawi Rasid, andai kata proses pinjamannya ke Sri Pahang berjalan lancar, Alhamdulillah ia satu perkembangan yang baik untuk industri bola sepak kita secara keseluruhannya,” ujarnya.

Dia berkata demikian dalam satu sesi temu bual bersama siaran Ultras Kuaci ketika ditanya mengenai kepincangan jentera serangan skuad kebangsaan.

Selain pemain itu, Zainal Abidin juga sempat menyentuh mengenai ketiadaan penyerang berkualiti dalam skuad Harimau Malaya memandangkan tugasan tersebut terpaksa dipikul Paulo Josue ketika menentang Kepulauan Solomon pada Rabu.

“Di mana penyerang tempatan kita? Siapa top striker dalam Liga Super? Semua pemain import… Siapa yang berani,” bidas Zainal Abidin.

Ketika ini, Safawi difahamkan mempunyai kontrak dengan JDT sehingga November 2023, sekali gus menepis percubaan mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Tetapi, melihat kepada kekangan untuk mendapatkan tempat dalam skuad, terdapat kemungkinan bahawa dia akan diberikan pelepasan menjelang jendela perpindahan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Lubuk awal’, fans TRW anggap tiada peluang langsung dalam pentas Piala Malaysia – Sukan

Next Post

‘Duduk bench sumpah macam dalam peti ais’, Intan Sarah kongsi debut bersama kelab AS – Sukan

Related Posts