Sadio Mane dedah Klopp ubah jadual latihan Liverpool, beri kemudahan pemain Muslim berpuasa

SADIO Mane mendedahkan kapten Liverpool, Jordan Henderson meyakinkan pengurus kelab, Jurgen Klopp untuk menukar jadual latihan bulan ini bagi memberi kemudahan kepada pemain beragama Islam menyambut Ramadan.

Selain Mane, tiga lagi tonggak utama skuad The Reds yang beragama Islam adalah Mohamed Salah, Ibrahima Konate dan Naby Keita.

“Ia bukan mudah untuk bermain dan berlatih sambil menunaikan puasa Ramadan,” kata Mane.

“Tetapi sebelum Ramadan, kami cuba bercakap dengan kapten (Henderson) untuk memberitahu bos bolehkah kami menukar jadual dan berlatih pada waktu pagi.

“Ia lebih mudah untuk kami. Jika anda berlatih pada waktu pagi maka anda mempunyai masa untuk berehat dan pulang ke rumah. Jika anda berlatih sekitar pukul 2 atau 3 petang, ia akan menjadi sukar!

“Jurulatih berkata ya dan saya rasa itu memudahkan dan kami cuba melakukan yang terbaik,” ujarnya.

Apabila ditanya bagaimana bintang Liverpool berpuasa pada hari perlawanan, Mane menambah: “Ia tidak mudah, tetapi seperti selalu hari perlawanan adalah sesuatu yang lain!

“Dengan Ramadan ia sukar tetapi saya fikir Liverpool, mereka cuba memudahkan segalanya untuk kami,” ujar Mane lagi. – Dailymail.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Barcelona potong babak pemain muda tiru aksi ‘siu’ Ronaldo

Next Post

Yoodo Alliance-4Rivals muncul juara Liga PUBG Mobile Pro, bawa pulang RM653,000

Related Posts