Saddil tak ambil pusing kritikan, hanya fokus 2 matlamat – Sukan


BUKAN sekali kita mendengar penyokong membandingkan prestasi pemain bila beraksi di kelab mahupun pasukan kebangsaan.

Pemain sayap Sabah FC yang berasal dari Indonesia, Saddil Ramdani meluahkan kemarahannya di Instagram apabila tidak puas hati terhadap kritikan yang dilemparkan oleh para penyokong negara jiran.

Dalam kes Saddil, perbandingan yang dibuat penyokong amat melampau hingga mendorongnya meluahkan perasaan di Instagram baru-baru ini.

Pemain berusia 24 tahun itu sering menjadi mangsa kecaman ketika beraksi bersama skuad kebangsaan selepas sempat diturunkan pada separuh masa kedua ketika menentang Palestin minggu lepas.

Saddil juga mengakui semangatnya semakin luntur apabila membaca komen-komen yang mengkritik keputusannya beraksi di Malaysia berbanding berkelana di Eropah, Jepun dan Korea Selatan.

Menurutnya, bukan senang beraksi di Liga Malaysia kerana tahap kualiti pertandingan berbeza sentiasa menguji mentalnya dan menuntutnya untuk melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

Ahmad Marzuki Nasir. — Facebook/Sabah FC

Bercakap kepada Majoriti, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir berkata, Sang Badak sentiasa memberi kata-kata semangat buat Saddil untuk terus beraksi dengan penuh semangat.

“Kita sentiasa sokong dia, kadang-kadang netizen itu tak perlu dilayan, apa yang saya nak cakap dulu kita (Sabah FC) dah pernah kena hentam sebab tak lepas Saddil ke Eropah.

“Mungkin dia suka dengan keadaan di Sabah dan sudah menyesuaikan diri dengan Liga Malaysia.

“Dari Sabah FC tiada keraguan sebab Saddil ini memang seorang yang sangat fokus dengan dia punya karier sebagai pemain bola sepak,” katanya pada Majoriti.

Tambahnya lagi, keadaan Saddil kini okay dan beri fokus 100 peratus bersama Sabah untuk bermain bola dan membantu keluarga.

“Tiada, dia hanya fokus dalam padang, Saddil ini memang pemain yang hanya fokus pada keluarga dan bola sepak.

“Sabah FC percaya Saddil ialah pemain yang memberikan komitmen sepenuhnya dan tidak kira sama ada bermain dengan Sabah ataupun pasukan kebangsaan.

“Kita memang tahu, dia akan berikan 100 peratus di dalam padang, sama ada dari segi latihan ataupun perlawanan.

“Cuma dia perlu ruang untuk bermain,” ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Richmond’ di belakang, ‘Richmond’ di depan tepati penggiliran Red Giants – Sukan

Next Post

KDA, Sri Pahang mungkin terlepas sayap Kelantan, 3 nama sesuai ganti Fazrul Amir – Sukan

Related Posts