Sabah suka tolak tawaran? Saddil bukan pemain pertama ‘dipenjara’ The Rhinos – Sukan


SEJAK musim lalu, Sabah FC menjadi antara pencabar utama yang memberikan saingan sengit kepada pasukan lain dan perkara itu dibuktikan lagi apabila The Rhinos berhasil melayakkan diri ke Piala AFC.

Membuktikan bukan hanya pasukan bernasib baik, Sabah FC terus menunjukkan kekuatan mereka musim ini apabila sudah memenangi enam perlawanan daripada 10 aksi Liga Super.

Tidak dapat dinafikan kehadiran beberapa pemain berkualiti seperti Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Dominic Tan dan tonggak import seperti Saddil Ramdani membantu meletakkan Sang Badak di kelas yang tersendiri.

Seperti kisah pasukan lain, Sabah FC juga tidak terlepas daripada khabar angin yang mengatakan beberapa bintang The Rhinos akan berhijrah ke kelab lain.

Sejak musim lalu, import daripada Indonesia, Saddil merupakan pemain yang sering dikaitkan akan berhijrah ke kelab lain dan terbaharu tonggak berusia 24 tahun itu difahamkan ditawarkan untuk beraksi di Bosnia.

Pasukan yang dimaksudkan akan mengikat Saddil ialah kelab FK Sarajevo milik salah seorang jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.

Namun lain pula jadinya apabila ada pihak yang mendakwa Sabah FC sengaja tidak mahu melepaskan pemain kebangsaan Indonesia tersebut.

Menolak dakwaan berkenaan, pengendali The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee berkata, Saddil yang sendiri menerima tawaran untuk melanjutkan kontrak dua tahun bersama kelab berpangkalan di Borneo itu.

Rozaimi kini merupakan Penolong Ketua Panel Pemilih dan Pencari Bakat Sabah FC merangkap Ketua Media Bawah 21 Tahun pasukan itu. — Facebook/Rozaimi

Saddil bukanlah pemain pertama yang mendapat tawaran ke kelab lain berikutan sebelum ini bekas penyerang Sabah, Rozaimi Abdul Rahman juga mengalami situasi sama.

Difahamkan, ketika menyarung jersi Sang Badak pada musim 2013, pemain berasal dari Bongawan, Sabah itu menerima tawaran daripada beberapa kelab seperti pasukan divisyen satu Thailand, Police Tero.

Namun impiannya untuk berkelana ke negara jiran punah apabila didakwa pihak pengurusan tidak meluluskan perpindahan tersebut.

Pastinya Sabah FC mempunyai sebab tersendiri untuk tidak meluluskan penghijrahan berkenaan sehingga mencetuskan spekulasi dalam kalangan penyokong dengan ada yang berpendapat persetujuan sepenuhnya tidak dicapai antara kesemua pihak terlibat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bekas penyerang NSFC, TFC imbau kenangan duduk berjiran dengan Lee Tuck – Sukan

Next Post

Bekas tonggak Gergasi Merah kini jadi anak emas Teong Kim, tak pernah ‘miss’ satu game – Sukan

Related Posts