SABAH FC dijangka bakal memiliki sebuah stadium baharu berkapasiti 15 hingga ke 20 ribu penonton.
Dalam satu laporan media Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir berkata, pelan stadium sudah dibuat ketika pihak pengurusan terdahulu.
Stadium baru Sabah itu dijangka dibina di Kota Kinabalu, diatas sebidang tanah berkeluasan sekitar sembilan ekar.
“Memang ada tanah disitu (Kota Kinabalu) untuk dibangunkan sebanyak sembilan ekar namun ia bergantung kepada kelulusan kerajaan negeri, kerana tanah tersebut merupakan tanah Kompleks Sukan Likas, tanah sukan untuk komuniti.”
“Bagaimanapun, kita kena tunggu AGM (Annual Grand Meeting) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bulan depan, kita tak tahu sama ada mereka mahu jual kepada Sabah FC atau mereka serapkan kepada GLC kerajaan. Kita bergantung kepada halatuju SAFA,” katanya.
Tanah sembilan ekar berdekatan Kompleks Sukan Likas dijangka tapak baharu stadium Sabah FC.
Sejak pengumuman yang dibuat pihak pengurusan Sabah FC, para peminat sudah mula berteka-teki tentang lokasi baharu stadium skuad Sang Badak.
“Sabah FC merancang untuk membina sebuah stadium bola sepak berkapasiti RM15-20 ribu penonton diatas sebidang tanah berkeluasan sembiilan ekar yang menelan belanja tidak melebihi RM50 Juta,” ujar @Azrihazq.
“Kalau tanah sembilan ekar berdekatan Kompleks Sukan Likas, berkemungkinan dekat kawasan Jungle Skatepark, kebetulan bersebelahan dengan tempat latihan Sabah FC dan tempat parking regular Stadium Likas,” kata @Hafeizh29.
“Betul, bersebelahan tempat latihan, dalam perancangan untuk dibina di kawasan sekitar tasik trek jogging,” jelas @Azrihazq.
Dalam pada itu, Stadium Likas yang bakal digunakan di kejohanan Piala Konfedarasi Bolasepak Asia (AFC) 2023 mendapat peruntukan untuk melakukan penyelenggaraan dan penambah baikkan demi memastikan keadaan stadium dalam keadaan yang baik.
Sabah dan Terengganu merupakan dua kelab dari Malaysia yang layak untuk berentap dalam kejohanan kedua berprestij di Asia tersebut. Kempen Piala AFC 2023 dijangka bermula pada September 2023 hingga Disember 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram