Rupanya bintang JDT sudah jangka Faisal Halim akan skor – Sukan


PEMAIN sayap negara, Faisal Halim akhirnya menamatkan kemarau gol selepas berjaya mencetak nama sebagai salah seorang daripada penjaring ketika membantu Malaysia menewaskan Hong Kong 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Selasa.

Faisal Halim yang sebelum ini mengakui tertekan apabila masih belum berjaya menamatkan badi tanpa jaringan, menzahirkan rasa lega dan menganggap ia sebagai permulaan dalam usahanya untuk meningkatkan prestasi ke tahap terbaik.

“Sedikit lega tetapi ini adalah permulaan yang baik untuk diri saya sebenarnya. Saya perlu tambah lagi usaha serta perbaiki apa yang kurang dan gol pada malam ini sedikit sebanyak bantu semangat saya untuk teruskan rentak dan sentuhan jaringan.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga dan isteri yang sentiasa berdoa dan peminat yang begitu ramai memberi kata-kata semangat dan paling penting rakan sepasukan yang pastikan saya tidak berasa kecewa,” katanya ketika ditemui selepas aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong pada Selasa.

Pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, jaringan di babak pertama oleh Faisal Halim dan Akhyar Rashid memastikan Malaysia menewaskan Hong Kong buat kali kedua berturut-turut selepas menang 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Kuala Lumpur pada Jun 2022.

Pemain Selangor berusia 25 tahun itu yang lebih mesra digelar ‘Mickey’ sebelum ini buntu untuk mencipta jaringan bersama Gergasi Merah dalam lima aksi pertama Liga Super 2023 setakat ini dan kemarau gol ditamatkan pada perlawanan menentang Hong Kong.

Faisal Halim mendedahkan rakan seperjuangannya, Akhyar Rashid turut memberi kata-kata semangat kepada dirinya sebelum perlawanan menentang Hong Kong itu.

“Sebelum mula perlawanan, rakan-rakan pasukan banyak beri kata-kata semangat kepada saya. Mereka tak bagi saya down.

“Macam Akhyar dia datang kepada saya, dia kata perlawanan menentang Hong Kong saya akan jaringkan gol dan Alhamdulillah benda itu berlaku.

“Saya berterima kasih kepada rakan-rakan saya, coach Kim Pan-gon dia sempat bergurau dengan saya, kalau saya tak jaringkan gol dia minta saya tukar warna rambut,” ujarnya.

Sementara itu, Faisal Halim berkata, semua pemain memahami kehendak ketua jurulatih Kim Pan-gon yang mahukan persembahan yang berkualiti dan berintensiti tinggi, namun memerlukan sedikit masa lagi untuk mencapai sasaran itu.

Dia berkata, sesuatu perkara tidak boleh dielak apabila pemain yang hadir menjalani latihan berbeza dan memerlukan masa untuk mengadaptasi corak permainan yang dipamerkan oleh setiap pemain.

“Mungkin ada ketika tidak mencapai apa yang jurulatih mahukan tetapi kita dapat menjalankan tangunggjawab yang baik selepas meraih dua kemenangan pada perlawanan antarabangsa sekali gus meningkatkan lagi motivasi setiap pemain.

“Apa pun, ia belum yang terbaik untuk skuad kebangsaan kerana kita perlu banyak melakukan penambahbaikan dan semua pemain perlu bekerja keras dan tidak boleh menoleh ke belakang malah harus terus bangkit dengan kualiti permainan yang lebih berintensiti tinggi,” jelasnya.

Dalam perlawanan menentang Hong Kong, Faisal Halim berjaya menjaringkan satu gol dan melakukan satu assist yang mana membolehkan Akhyar Rashid membuka tirai jaringan buat Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ketahui pro-kontra andai bintang sensasi TRW nekad berhijrah ke JDT – Sukan

Next Post

Selain Malik Mat Arif, ini 3 lagi bintang layak digelar ‘supersub’ 2023 – Sukan

Related Posts