‘Rugi Penang buang dia’, peledak baharu Tok Gajah bakal padam rekod cemerlang Bergson da Silva musim depan – Sukan


KEHADIRAN penyerang import dalam sesebuah pasukan sememangnya menjadi tumpuan ramai dengan posisi penyerang sering kali didominasi pemain tersebut.

Pertukaran pemain pada setiap musim dilihat satu perkara biasa dan situasi itu dilihat merupakan satu tradisi yang sihat khususnya bagi seseorang pemain itu kerana pengalaman yang bakal diperoleh semestinya berbeza bersama pasukan lain.

Dalam pada itu, ada juga penyokong yang turut meluahkan rasa kesal susulan penghijrahan pemain kesayangan mereka ke kelab lain.

Perpindahan bekas penyerang sensasi Penang FC, Lucas Silva merupakan antara yang memberikan kesan mendalam terhadap penyokong skuad Harimau Kumbang susulan pemain kelahiran Brazil itu mengambil keputusan untuk menyarung jersi Pahang FC pada musim depan.

Berketinggian 1.83 meter, Lucas antara pemain import yang menyerlah bersama Penang pada musim lepas dengan 11 penampilan dan enam gol berjaya dihasilkan pemain itu dalam saingan liga super.

Antara aksi jaringan gol dihasilkan Lucas Silva di Piala Malaysia musim lalu.

Ada pihak turut mendakwa bahawa tindakan Penang FC melepaskan penyerang prolifik itu ke pasukan Pahang adalah satu perkara yang merugikan kerana Lucas sebelum ini telah berjaya membuktikan keserasian beliau bersama rakan sepasukannya.

“Sayang Penang lepaskan pemain berkualiti macam Lucas ni, dia boleh hasilkan gol dan licik juga bila di depan gawang,” kata Aqil Darwisy.

“Rugi Penang buang dia, gantikan dengan pemain muda je musim depan, selayaknya kekalkan Lucas baru tambah pemain tempatan yang lain untuk bentuk keserasian, ini semua budak baru macam tak ada penyudah yang bagus,” tambah Farhan997.

Terdahulu, pemain itu diterbangkan dengan rekod menakjubkan bersama Kitchee SC sebelum ini apabila pernah dinobat sebagai penjaring terbanyak saingan tertinggi liga Hong Kong itu untuk dua musim berturut-turut iaitu pada 2017/18 dan 2018/19.

11 gol dalam 15 penampilan dalam semua aksi domestik di Liga Malaysia adalah pencapaian yang bagus untuk pemain import yang baharu tiba di Malaysia.

Dalam pada itu, penampilan pertamanya bersama skuad Pahang baru-baru ini dalam perlawanan persahabatan berjaya mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak, belum lagi saingan liga super 2023 bermula, Lucas sudah mula mempamerkan taring beliau apabila berjaya menyumbat empat gol dalam perlawanan menentang YPM FC di Padang Gelora pada Jumaat.

Gol yang dihasilkan beliau sekali gus membuktikan betapa pemain itu sememangnya antara penyerang yang perlu diberi perhatian pada musim depan.

Aksi Lucas menjelang perlawanan persahabatan menentang YPM FC di Padang Gelora pada Jumaat. — Facebook/Pahang FC

Bahkan, penyokong Pahang juga sudah mula membayangkan aksi perlawanan akhir di stadium Bukit Jalil nanti bakal digamitkan dengan sorakan gemuruh terhadap pemain itu yang diyakini mampu membawa pasukan itu ke peringkat tertinggi kelak.

Meskipun usianya dikatakan sedikit tua berbanding pemain-pemain lain, namun ia bukanlah penghalang terbesar buat Lucas yang baru sahaja berusia 32 pada tahun ini, sekali gus bakal memberikan saingan positif buat penyerang sensasi Johor Darul Takzim (JDT), Bergson da Silva musim depan.

“Dah tua bukan alasan dia main tak bagus, cuma beza satu tahun tua dengan Bergson (da Silva).

“Kalau dia main di JDT pun mesti boleh jaringkan gol banyak dengan penyudah yang dia ada, pandai cari ruang dan posisi yang tepat,” jelas Ruhaizam Ezamy.

Tidak dinafikan bahawa Lucas sememangnya berpotensi untuk menjadi pesaing Bergson memandangkan usia mereka juga tidak jauh beza.

Bijak mencari peluang jaringan gol serta mempunyai tindakan penyudah yang padu sekali gus membuktikan beliau mampu menyamai rekod cemerlang Bergson pada musim lalu.

Bergson da Silva merupakan penyerang sensasi JDT dengan rekod jaringan tertinggi dalam saingan domestik 2022. — Facebook/JDT

Berdasarkan ledakan 40 jaringan sepanjang musim lepas di Liga Malaysia, Bergson menepati statusnya apabila menggondol kategori Anugerah Pemain Import Terbaik dengan mengatasi rakan sepasukan, Fernando Forestieri dan ketua pasukan Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue.

Namun, perlu diingat bahawa bola itu berbentuk bulat dan setiap pemain boleh mengalami kejatuhan sekiranya gagal mengekalkan corak persembahan yang menarik dalam setiap perlawanan.

Oleh itu, musim 2023 bakal menjadi saksi dan medan tempur buat semua pemain khususnya barisan penyerang import dalam setiap pasukan yang dilihat ‘bernafsu’ tinggi untuk merebut anugerah penjaring terbanyak liga super pada musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gagal dapatkan Syafiq Ahmad, Kedah pantas ‘sign’ plan B dari Selangor FC? – Sukan

Next Post

Kehilangan Khuzaimi Piee ke Selangor, 3 sebab Zainal Abidin akan ubati kerinduan Jang Hobin – Sukan

Related Posts