Rowley paling gembira dengan 2 tonggak Sri Pahang – Sukan


DI bawah sentuhan ketua jurulatih legenda Singapura, Fandi Ahmad, Sri Pahang FC dijangka mampu tampil lebih baik berbanding musim lalu selain kehadiran muka-muka baharu yang menambahkan lagi kualiti pasukan.

Pemain tengah Sri Pahang, David Rowley melihat persiapan skuad Tok Gajah kali ini sangat positif sambil melihat musim 2023 boleh menjanjikan sesuatu kejayaan jika apa yang dirancang menjadi kenyataan.

Tambahnya, keserasian antara pemain juga semakin baik selepas menjalani beberapa aksi persahabatan selain sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan taktikal yang diterapkan Fandi.

“Saya begitu teruja melihat pemain baharu yang akan memperkuatkan cabaran pasukan sama ada tempatan atau import, boleh saya katakan sebahagian besarnya begitu berpengalaman.

“Paling saya gembira adalah kehadiran dua penyerang yang saya rasa antara terbaik di Liga Malaysia iaitu Kpah Sherman dan Lucas da Silva,” katanya kepada MFL.

Fandi Ahmad sah dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Tok Gajah untuk 2023. — Facebook/Sri Pahang FC

Tambahnya, pelbagai perkara dititikberatkan barisan kejurulatihan sebagai persiapan untuk kempen liga akan datang, baik di atas mahupun di luar padang.

“Bersama Fandi, banyak perubahan dia sedang lakukan bagi memastikan Sri Pahang akan tampil lebih berbeza berbanding sebelum-sebelum ini.

“Setakat ini, saya rasa cabaran paling besar ialah bagi mendapatkan keserasian sebelum liga bermula pada penghujung Februari memandangkan sebahagian besar adalah muka baharu,” katanya.

Antara pemain tempatan yang meningkatkan kualiti skuad Sri Pahang ialah Fadhli Shas, Izham Tarmizi, Nur Shamie Iszuan, Syazwan Andik dan Azrif Nasrulhaq.

Sherman menjadi rekrut baharu untuk Sri Pahang. — Facebook/Sri Pahang FC

Manakala, bagi kuota import pula, selain Sherman dan Lucas, Sri Pahang menambah pemain-pemain baharu seperti Stefano Brundo dan Michael Glassock selain mengekalkan Sherzod Fayziev dan Kevin Ingreso.

Prestasi yang cemerlang sepanjang musim 2022 apabila berjaya mencetak 6 jaringan dalam 22 penampilan bersama Sri Pahang, sekali gus membolehkannya mendapat panggilan Harimau Malaya pada saingan Piala AFF 2022.

Justeru, pemain kacukan Australia-Malaysia itu berasakan, tahap keyakinannya sedikit berbeza selepas impian menyarung jersi kebangsaan menjadi kenyataan.

“Peluang bersama Harimau Malaya adalah satu impian yang telah lama saya nantikan dan pengalaman bersama skuad kebangsaan sepanjang AFF tidak akan dilupakan.

“Selepas pulang dari AFF, saya rasa semakin menjadi seorang yang positif dan tidak gentar semasa di atas padang, ini memberikan motivasi tambahan buat saya bagi musim 2023.

“Saya akan terus berikan yang terbaik untuk Sri Pahang dan jika itu berjaya, saya juga boleh mengekalkan tempat dalam pasukan kebangsaan untuk perlawanan di peringkat antarabangsa,” katanya. — MFL

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Asalnya, saya bukan bek kanan,’ rekrut baharu Kelantan kongsi liku-liku beraksi di La Liga – Sukan

Next Post

TMJ tidak berminat pegang sebarang jawatan dalam FAM — Hamidin – Sukan

Related Posts