Rossi langsung tak rindu sesi ujian MotoGP

PELUMBA legenda MotoGP, Valentino Rossi mengakui beliau tidak akan merindui sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar selepas bersara kelak.

Menurut Rossi, sesi ujian adalah tugasan paling berat bagi seorang pelumba motor.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu terlepas saman, Rossi akui tak suka jadi figura terkenal

ARTIKEL BERKAITAN: Rancangan bersara awal gagal, Valentino Rossi teruskan kerjaya setahun lagi

“Ini adalah sesi ujian terakhir, jadi ia adalah momen penting tetapi sejujurnya saya tidak akan merindui sesi ujian ini di masa hadapan.

“Kerana sesi ujian ini sukar dari segi fizikal dan mental. Saya lebih memilih untuk berlumba di hujung minggu,” katanya.

Sesi ujian di litar Misano World Circuit Marco-Simoncelli, Itali pada minggu lalu merupakan yang terakhir bagi Rossi sebagai pelumba MotoGP.

Rossi sebelum ini mengumumkan persaraannya daripada arena permotoran pada akhir musim 2021.

Sepanjang kariernya sejak 1996, Rossi meraih gelaran juara dunia sebanyak sembilan kali.

Beliau juga pernah menyatakan menjadi atlet sukan terkenal bukanlah mudah kerana bimbang tentang privasinya dan sering tidak tenang untuk menjalani kehidupan sehariannya. — Detik

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Di mana Leo Messi?” – Barcelona terkena ‘jampi’ penyokong Cadiz

Next Post

Daripada zumba ke petarung MMA

Related Posts