Ronaldo tak gembira di United, luah hasrat sertai Barca

BINTANG Manchester United, Cristiano Ronaldo menawarkan dirinya kepada Barcelona dan dilaporkan menghubungi pengurus Nou Camp, Xavi.

Penyerang Portugal itu menyertai kelab lamanya pada musim panas untuk memenangi trofi, tetapi dengan pertukaran pengurus dan permulaan yang buruk untuk musim ini, Ronaldo tidak gembira dan mahu keluar dari Old Trafford.

Menurut laporan Mundo Deportivo, Ronaldo sudah menghubungi Xavi dan pertahanan tengah Barca, Gerard Pique.

Ejennya, Jorge Mendes sudah pun berunding dengan Presiden Barca, Joan Laporta.

Mendes mempunyai hubungan baik dengan Laporta dan kedua-duanya sudah pun berunding mengenai perpindahan itu. – Si.Com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts