Ronaldo jadi penerima gaji tertinggi di United, dibayar RM2.7 juta seminggu

KEPULANGAN Cristiano Ronaldo ke Manchester United menyaksikan beliau muncul sebagai penerima gaji tertinggi di kelab tersebut selepas berpindah dari Juventus.

Bintang Portugal berusia 36 tahun itu akan menerima gaji sebanyak £480,000 (RM2.7 juta) seminggu di Old Trafford.

Ini menyaksikan David de Gea yang menerima gaji mingguan £375,000 (RM2.1 juta) jatuh di tempat kedua.

Sebelum ini, Paul Pogba berada di belakang De Gea dengan gaji £290,000 (RM1.7 juta) seminggu.

Ronaldo dijangka menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Red Devil, dengan nilai perpindahan £21 juta (RM121 juta).

Perpindahan itu berlaku selepas 12 tahun bintang Portugal itu meninggalkan Old Trafford untuk ke Real Madrid. – Dailymail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts