Ronaldo cedera ketika lakukan aksi “Siu”

MANCHESTER United meraih kemenangan penting ke atas Arsenal dalam perlawanan terakhir Michael Carrick sebagai pengurus.

Cristiano Ronaldo memastikan kemenangan The Red Devils namun dia mungkin terlepas aksi menentang Crystal Palace selepas dilaporkan tercedera ketika melakukan sambutan ‘siu’.

The Gunners tewas 3-2 dengan Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol.

Ketiadaan Ronaldo dijangka memberi tamparan besar buat Pengurus sementara United, Ralf Rangnick, yang berikrar untuk mendapatkan yang terbaik daripada superstar berusia 36 tahun itu.

Sumber di United memberitahu pemain Portugal itu mungkin mengalami kecederaan pada lututnya ketika melakukan sambutan lompatan yang menjadi signature khasnya selepas menjaringkan penalti yang membolehkan United meraih kemenangan 3-2 ke atas Arsenal di Old Trafford, Khamis lalu.

Ronaldo dikatakan meneruskan permainan sebelum digantikan pada minit ke-88.

Dia dikatakan berjalan dalam keadaan pelik untuk keluar padang. – The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts