Ronaldo buat keputusan tepat pilih kembali ke Manchester United – Rivaldo

LEGENDA bola sepak, Rivaldo percaya Cristiano Ronaldo membuat keputusan yang tepat apabila memilih untuk kembali ke Manchester United dan bukannya Real Madrid.

United berjaya mengikat semula Ronaldo dari Juventus pada penghujung Ogos sebelum jendela perpindahan ditutup.

“Ronaldo telah menunjukkan permulaan yang baik untuk mula menyinar di Manchester United,” kata pemain Brazil itu kepada BetFair.

“Dia mencetak empat gol dalam tiga perlawanan. Ini tidak mengejutkan kerana Ronaldo adalah seorang pemain yang mempunyai keterampilan, pengalaman dan keperibadian untuk memberikan kesan pantas.

“Seperti yang saya sebutkan sebelumnya, Ronaldo membuat keputusan yang tepat untuk bersama United dan bukannya Real Madrid kerana di England, dia mempunyai lebih banyak sokongan media dan peminat United menyukainya,” katanya.

Rivaldo menambah, sungguhpun bintang Portugal itu sudah berusia 36 tahun, namun dia tetap menunjukkan prestasi yang sangat baik.

“Saya percaya dia akan menjaringkan banyak gol dan membantu pasukan memenangi trofi.

“Dia adalah contoh sebenar individu yang berdedikasi dan mempunyai profesionalisme dalam bola sepak dan bidang lain,” katanya lagi. – Manchestereveningnews.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Emma Raducanu wajah baharu Tiffany & Co

Next Post

Peminat tidak teruja lihat aksi Romeo Beckham

Related Posts