Riyad, Grealish bertengkar, Guardiola tak puas hati walaupun menang

SEKALI pun menang 6-3 ke atas RB Leipzig dalam aksi pertama Liga Juara-Juara, Pep Guardiola nyata masih kurang gembira dengan tingkah laku sesetengah pemainnya.

Pengurus itu secara terbuka mendedahkan pertengkarannya dengan Riyad Mahrez dan Jack Grealish adalah disebabkan kedegilan kedua-dua pemain itu yang didapati tidak melaksanakan taktikal pasukan.

Walaupun dua pemain itu turut melakar nama selaku penjaring, Guardiola jelas masih ada isu berbangkit dengan apa yang dijelmakan Mahrez dan Grealish ketika atas padang.

Guardiola memberikan arahan kepada Mahrez

“Kami bercakap ketika separuh masa tentang apa yang kami perlu lakukan dan mereka tidak laksanakannya. Pertengkaran berlaku,” kata Guardiola.

Menjelaskan situasi tegang dengan Guardiola, Grealish berkata ia lebih kepada arahan tugasan ketika bertahan.

“Ia hanya kerja ketika bertahan. Itulah watak pengurus, dia sentiasa mahu bertahan dan menyerang. Dia menjadi individu yang saya akan dengar.

“Dia hanya berikan informasi yang berguna,” kata Grealish.

Aksi itu adalah debut buat Grealish di Liga Juara-Juara sejak berhijrah ke City dari Aston Villa dan akui yang dia cukup teruja untuk menghadapi Leipzig.

“Saya sukakannya. Saya sudah menunggu lama dan ianya menjadi malam yang hebat.

“Akhirnya kami gembira untuk meraih kemenangan ke atas sebuah pasukan yang cukup bertenaga dan dibarisi pemain muda,” katanya. – Daily Mail

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Penang, KL City setia bersama buru kejayaan

Next Post

Selalu terlepas saman, Rossi akui tak suka jadi figura terkenal

Related Posts