Rico Verhoeven alami kecederaan teruk demi pertahan gelaran heavyweight

SEORANG jaguh tinju berjaya mempertahankan gelaran heavyweightnya, walaupun mengalami kecederaan muka yang begitu teruk sehingga telefon pintarnya gagal mengimbas wajahnya.

Rico Verhoeven mempertahankan gelarannya dalam pertarungan dengan Jamal Ben Saddik di ‘Glory: Collision 3’ di Arnhem, Belanda, selepas menang di pusingan keempat ‘kalah mati’.

Peninju dari Belanda itu hampir dihentikan dua pusingan lebih awal apabila dia dijatuhkan oleh lawannya yang mengakibatkannya mengalami luka besar di bawah mata kiri.

Walaupun darah keluar tanpa henti, seorang doktor di tepi gelanggang membenarkan pertarungan diteruskan sebelum pemain kelas berat itu pulih untuk mengekalkan gelarannya.

Peninju berusia 32 tahun itu memakai plaster untuk menutupi luka di bawah matanya yang bengkak teruk dan hampir tidak terbuka selepas perlawanan.

Verhoeven yang mendapat enam jahitan turut memuji pembantunya (cutman) yang memastikan kecederaan tersebut itu tidak menjadi lebih teruk semasa pertarungan. – DAILYMAIL

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts