‘Rezeki tak salah alamat’, penjaga gol JDT dapat kata-kata semangat daripada Ifwat Akmal – Sukan


LIGA Malaysia akan kembali dihangatkan dengan aksi Liga Super menerusi empat perlawanan pada Jumaat yang antara lain membabitkan pertembungan antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Sabah FC.

Perlawanan tersebut dijangka sengit kerana menemukan dua gergasi Liga Super itu yang ketika ini mendominasi carta di kedudukan pertama dan kedua masing-masing dengan 15 dan 13 mata.

Bagi aksi yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor itu, skuad Harimau Selatan tentunya tidak mahu tewas di kandang sendiri.

Ketua Jurulatihnya, Estaban Solari pasti akan mencari ramuan untuk memastikan anak-anak buahnya berhasil menuai tiga mata penuh menentang Sang Badak.

Ini termasuklah memastikan penjaga gol JDT, Farizal Marlias dan Haziq Nadzli menjalani latihan menjelang pertemuan dengan kelab Borneo itu. Selain dua pemain itu, penjaga gol skuad JDT II, Zulhilmi Sharani juga kelihatan berlatih bersama skuad senior.

Ia selepas penjaga gol utama Harimau Selatan, Syihan Hazmi mengalami kecederaan ketika beraksi bersama skuad kebangsaan dalam perlawanan menentang Hong Kong pada 28 Mac lalu.

Haziq masih belum lagi belum membuat penampilan pertamanya pada musim ini. — Facebook/ Johor Southern Tigers

Haziq seolah-olah memberi bayangan bakal diturunkan untuk menggantikan Syihan selepas dia memuat naik gambarnya menjalani latihan di Instagram rasmi miliknya.

“Everything comes to you at the right time, be patient (Rezeki tak pernah salah alamat, anda hanya perlu bersabar),” tulisnya di ruangan kapsyen.

Entri itu mendapat tanda suka dan komen daripada bintang-bintang JDT seperti Bergson da Silva, Syafiq Ahmad dan Shahrul Saad.

Isterinya, Eyra Hazali juga tidak ketinggalan memberi kata-kata semangat kepada Haziq di ruangan komen.

“Always with you baby, we love you our keeper (Saya sentiasa menyokong awak, kami sekeluarga sayang ‘keeper’ kami),” katanya.

Tangkap layar hantaran terbaharu Haziq di Instagram. — Instagram/ Haziq Nadzli

Dalam pada itu, komen emoji daripada penjaga gol Kedah Darul Aman (KDA FC), Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim juga menarik perhatian para penyokong JDT.

Ifwat bukan individu asing dalam karier Haziq kerana mereka sebelum ini pernah bersama-sama mewakili skuad bawah 23 tahun negara.

Malah jurulatih penjaga gol B-23 negara ketika itu, Yong Wai Hwang mendedahkan prestasi kemuncak Haziq Nadzli berpunca daripada bantuan Ifwat dan Syihan Hazmi.

Kali terakhir Haziq diturunkan dalam kesebelasan utama JDT di pentas Liga Super ialah ketika aksi perlawanan dengan pasukan Selangor FC pada 3 September 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Diyakini beraksi Piala Asia bersama HM, Corbin Ong tetap ‘humble’ baiki prestasi diri  – Sukan

Next Post

Sedar kekuatan pemain senior KUFC, TFC nekad buru kemenangan kedua – Sukan

Related Posts