Rezeki pulang ke pangkuan United, Ronaldo atasi Messi

BINTANG Manchester United, Cristiano Ronaldo kini mengatasi Lionel Messi sebagai penerima tertinggi di dunia dalam senarai Forbes.

Ronaldo berpotensi untuk menerima bayaran £91.5 juta (RM522.8 juta) semusim.

Perpindahan Messi ke kelab gergasi Perancis, PSG menyaksikannya menerima £80.5 juta (RM460 juta).

Penyertaan semula Ronaldo bersama Red Devil menyaksikannya menerima gaji asas bernilai £51.25 juta (RM292.8 juta) dan bonus prestasi manakala bakinya hadir menerusi pendapatan tambahan termasuk penajaan.

Daripada segi bayaran gaji asas, Messi lebih tinggi apabila menerima £54.94 juta (RM313.9 juta) namun hanya terima £25.6 juta (RM146.2 juta) menerusi tajaan, lebih rendah berbanding Ronaldo yang bernilai £40 juta (RM228.5 juta).

Sekiranya Messi kekal di Barcelona, bintang Argentina itu mungkin akan dinamakan sebagai penerima bayaran terbesar oleh Forbes dengan kadar £95.24 juta (RM544.2 juta) setahun.

Rakan sepasukan Messi di PSG, Neymar dan Kylian Mbappe berada di tangga ketiga dan keempat.

Menerusi kontrak baharu, Neymar meraih gaji asas dan bonus yang sama dengan Messi namun lebih sedikit berbanding pendapatan lain.

Mbappe pula memperoleh pendapatan bernilai £31.5 juta (RM180 juta) merangkumi gaji £20.5 juta (RM117.1 juta)

Bintang Liverpool, Mohamed Salah pula muncul penerima bayaran kedua tertinggi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Bintang Mesir itu dijangka menerima £30 juta (RM171.4 juta). — Daily Mail

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Why always me?” Balotelli balas dendam kepada Sergen Yalcin

Next Post

Detik ngeri kereta rali terbalik tujuh kali

Related Posts