Rezal Zambery mahu TRW berwaspada, elak dipintas JDT II saat-saat akhir – Sukan

SEBARANG kemungkinan boleh terjadi dalam tiga lagi baki perlawanan untuk Kelantan FC mengekalkan kedudukan mereka sebagai penghulu Liga Perdana.

Ketua jurulatihnya, Rezal Zambery Yahya berkata, pasukannya belum berada dalam zon selamat meskipun menghuni tangga teratas liga dengan mengumpul 35 mata selepas mengharungi 15 perlawanan.

“Walaupun mendahului lima mata dengan pasukan di kedudukan kedua iaitu Johor Darul Takzim (JDT II), namun pasukan itu mempunyai kelebihan kurang satu perlawanan, jika kami tewas mereka boleh mengatasi kami,” katanya.

Pada perlawanan itu, Kelantan FC menewaskan PDRM FC 2-1 menerusi gol Nurshamil Abd Ghani pada minit ke-68 dan Mohammad Ikhwan Yazek pada minit ke-77, manakala gol sagu hati pasukan pelawat dijaringkan Derrkeswaran Ganasan pada minit ke-30.

Mengulas lanjut, Rezal berkata, beliau tidak mahu para pemain berada dalam keadaan selesa kerana selepas ini pasukannya akan menghadapi tiga perlawanan lebih mencabar dengan bertemu Terengganu II, Selangor 2 dan Kelantan United.

“Pemain perlu kekal fokus untuk mengutip sembilan mata penting supaya tidak bergantung harap kepada pasukan lain di penghujung saingan liga untuk bergelar juara,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih PDRM FC, Wan Rohaimi Wan Ismail berkata, kekalahan pasukannya disebabkan permainan kurang matang para pemain berdepan situasi genting menerima asakan lawan.

“Situasi tidak bahaya jadi bahaya itu adalah keputusan yang dibuat oleh pemain ketika berada di atas padang kadangkala menyusahkan diri sendiri sehingga dihukum pihak lawan yang tidak sepatutnya melepaskan dua gol mudah,” katanya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Semoga kuat, penyokong gusar kecergasan pemain TRW makin merosot – Sukan

Next Post

Rasa taktikal cukup berkesan, masalah gaji SUFC bukan masalah saya — Balachandran – Sukan

Related Posts